PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda. Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera. |
Skizofrenia | |
---|---|
Pengelasan dan sumber luaran | |
ICD-10 | F20 |
ICD-9 | 295 |
OMIM | 181500 |
P. Data Penyakit | 11890 |
MedlinePlus | 000928 |
eMedicine | med/2072 emerg/520 |
MeSH | F03.700.750 |
Penafian perubatan |
Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran.[1][2] Walaupun penyakit ini biasanya memberi kesan kepada kognitif, ia juga menyumbang kepada masalah teruk dengan tingkah laku manusia atau emosi. Disebabkan terdapat banyak gabungan simptom, ia sukar bagi menyatakan sama ada ia adalah masalah psikiatrik tunggal; dan Eugen Bleuler sengaja mengelar penyakit ini sebagai "the schizophrenias," (jamak) apabila dia mencipta istilah yang ada sekarang.
Diagnosis berasaskan pengalaman yang dilapurkan sendiri oleh pesakit, bersama tanda-tanda yang dilapurkan oleh pakar psikiatri atau sebarang pegawai perubatan terlatih seperti doktor dalam psikologi. Tidak terdapat ujian biologi objektif bagi skizofrenia, walaupun kajian menunjukkan genetik dan biokimia adalah faktor penyumbang utama. Penyelidikan kini dalam perkembangan, namun hasil penyelidikan sering kali menunjukkan kepada peranan neurobiologi, walaupun punca organik yang jelas dan boleh dikenal masih belum dijumpai. Dengan ketiadaan ujian makmal objektif untuk mengesahkan diagnosis, terdapat persoalan mengenai status skizofrenia sebagai satu penyakit rasmi atau tidak.
Istilah "skizofrenia" diterjemah secara kasar sebagai "fikiran berkecai," dan berasal dari bahasa Yunani σχίζω (schizo, "memecahkan" atau "membahagikan") dan φρ?ν (phr?n, "minda"). Walaupun etymologinya, skizofrenia bukannya sama dengan masalah identiti berpisah (dissociative identity disorder), atau juga dikenali sebagai masalah personaliti pelbagai (multiple personality disorder) atau "personaliti terpisah - split personality"; dalam budaya popular keduanya sering kali dikelirukan. Walaupun skizofrenia sering kali mendorong kepada disfungsi (dysfunction) masyarakat atau pekerjaan, penyakit ini tidak memiliki kecenderungan kelakuan agresif.