Sokrates

Sokrates

Sokrates (Yunani: Σωκράτης, rumi: Sōkrátēs; bahasa Inggeris: Socrates, Arab: سُقرَاط, rumi: Suqrāṭ[1] dimelayukan sebagai Sukrat;[a] 470-399 SM) merupakan ahli falsafah Yunani yang diakui ramai sebagai pengasas falsafah Barat. Bukti tunggal terhadap kewujudannya hanya terdapat daripada rujukan-rujukan kepada beliau oleh orang-orang yang dikatakan merupakan pengikut-pengikutnya. Oleh itu, sesetengah orang telah menyoal tentang adakah Sokrates benar-benar pernah wujud dan merujuk kepada pemerihalan cacat Plato mengenai kematian Sokrates melalui peracunan. Tambahan pula, terdapat satu pola bahawa semua rujukan kepada Sokrates berfungsi sebagai alat retorik yang digunakan, mula-mula oleh Aristotle dan kemudiannya oleh orang-orang lain seperti Plato, sebagai pengharapan terhadap orang yang berwibawa untuk memberikan tanggapan bahawa aliran hujah mereka disokong oleh seorang tokoh yang agung.

Dikatakan seorang penduduk Athens, Sokrates telah diperihalkan sebagai didapati bersalah oleh mahkamah Athens kerana tidak beriman dan merosakkan pemuda-pemudi Athens melalui ajarannya. Mereka yang memberikan pemerian ini mengatakan bahawa beliau diberikan pilihan untuk memilih buangan tetapi memilih kematian minum hemlok kerana beliau percaya bahawa buangan akan mengaibkan persetujuannya untuk mematuhi undang-undang Athens.

  1. ^ Rüsen, Jörn (2013). Approaching Humankind: Towards an Intercultural Humanism (dalam bahasa Inggeris). V&R Unipress. m/s. 106. ISBN 978-3-8470-0058-7.
  2. ^ Nuruddin al-Raniri (1638–1643). Bustan al-Salatin. Dicapai pada 27 Feb 2023 – melalui Malay Concordance Project, Universiti Nasional Australia.CS1 maint: date format (link)


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


Sokrates

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne