Srivijaya

Kerajaan Srivijaya
Kadatuan Sriwijaya
670–1025
Luas maksimum Srivijaya sekitar abad ke-8 dengan laluan ekspedisi dan penaklukan Srivijaya
Luas maksimum Srivijaya sekitar abad ke-8 dengan laluan ekspedisi dan penaklukan Srivijaya
Ibu negaraPalembang[1]:295
Bahasa yang umum digunakanMelayu Kuno,Sanskrit
Agama
KerajaanMonarki
Maharaja 
• 671–702
Sri Jayanasa
• 702–728
Sri Indravarman
• 792–840
Samaratungga
• 988–1008
Sri Chulamanivarman
• 1008–1017
Sri Mara Vijayatunggavarman
• 1017–1025
Sri Sangrama Vijayatunggavarman
• 1028–(?)
Sri Deva
Sejarah 
• Ekspedisi dan perkembangan Dapunta Hyang, (Batu Bersurat Kedukan Bukit)
670
1025
Mata wangDuit syiling emas dan perak asli
Didahului oleh
Diganti oleh
Kantoli
Kerajaan Palembang
Kerajaan Melayu

Śrīvijaya ialah satu empayar maritim Buddha berpusat di Palembang, Sumatera, Indonesia yang mempengaruhi sebahagian Asia Tenggara (terutama dalam kawasan Nusantara barat).[2] Bukti terawal kewujudannya adalah dari abad ke-7; apabila seorang sami Buddha dari China, I-Tsing, ada menulis tentang lawatannya selama 6 bulan ke Srivijaya pada tahun 671.[3][4][5] Batu Bersurat Kedukan Bukit bertarikh 683 masihi yang ditemui di Palembang, Sumatera Selatan juga ada menyebut tentang Srivijaya dan membuktikan kewujudan empayar Srivijaya[6][7]

Walaupun ia pernah dianggap sebagai sebuah empayar maritim, penyelidikan baharu mengenai rekod yang ada menunjukkan bahawa Srivijaya pada dasarnya adalah sebuah kerajaan berasaskan darat dan bukannya sebuah kuasa maritim, armada laut tersedia tetapi bertindak sebagai sokongan logistik untuk memudahkan unjuran kuasa darat. Sebagai tindak balas kepada perubahan dalam ekonomi maritim Asia, dan diancam oleh kehilangan negeri lindungannya, kerajaan-kerajaan di sekitar Selat Melaka membangunkan strategi tentera laut untuk menangguhkan penurunannya. Strategi tentera laut kerajaan-kerajaan di sekitar Selat Melaka adalah terutamanya menghukum; ini dilakukan untuk memaksa kapal-kapal perdagangan dipanggil ke pelabuhan mereka. Kemudian, strategi tentera laut merosot kepada armada pelanun.[8] Dari abad ke-7 hingga abad ke-11, Srivijaya merupakan pusat pengembangan agama Buddha yang utama di Asia Tenggara terutama di kawasan Nusantara.

Kerajaan Srivijaya tidak lagi wujud pada 1025 CE selepas beberapa serbuan dilancarkan oleh Empayar Chola ke atas pelabuhan mereka.[9]:110 Selepas kejatuhan Srivijaya, ia sempat terlupa, tetapi ini mula berubah pada masa penelitian ulang sampai pengakuan moden kewujudan empayar ini diiktiraf secara rasmi pada tahun 1918 oleh seorang ahli sejarah Perancis Georges Coedès dari École française d'Extrême-Orient[10] yang menerbitkan penemuannya dan interpretasinya mengenai Sriwijaya dalam akhbar-akhbar berbahasa Belanda dan Melayu, malah beliau turut mencatatkan adanya sebuah kerajaan sebelum Sriwijaya iaitu Kantoli.[11][12][11][13][14][13][15]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :02
  2. ^ Munoz, Paul Michel (2006). Early Kingdoms of the Indonesian Archipelago and the Malay Peninsula. Singapore: Editions Didier Millet. m/s. 171. ISBN 9814155675.
  3. ^ Munoz. Early Kingdoms. m/s. 122.
  4. ^ Zain, Sabri. "Sejarah Malaysia, Buddhist Empires".
  5. ^ Junjiro Takakusu, (1896), A record of the Buddhist Religion as Practised in India and the Malay Archipelago AD 671-695, by I-tsing, Oxford, London.
  6. ^ Peter Bellwood, James J. Fox, Darrell Tryon (1995). "The Austronesians: Historical and Comparative Perspectives".CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  7. ^ George Coedès, (1930), Les inscriptions malaises de Çrivijaya, BEFEO.
  8. ^ Heng, Derek (October 2013). "State formation and the evolution of naval strategies in the Melaka Straits, c. 500-1500 CE". Journal of Southeast Asian Studies. 44: 380–399.
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :6
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama MUNOZ 117
  11. ^ a b Taylor, Jean Gelman (2003). Indonesia: Peoples and Histories. New Haven and London: Yale University Press. m/s. 8–9. ISBN 0-300-10518-5.
  12. ^ Krom, N.J. (1938). "Het Hindoe-tijdperk". Dalam F.W. Stapel (penyunting). Geschiedenis van Nederlandsch Indië. Amsterdam: N.V. U.M. Joost van den Vondel. m/s. vol. I p. 149. Unknown parameter |nopp= ignored (bantuan)
  13. ^ a b Munoz. Early Kingdoms. m/s. 114.
  14. ^ Munoz. Early Kingdoms. m/s. 102.
  15. ^ Krom, N.J. (1943). Het oude Java en zijn kunst (ed. 2nd ed.). Haarlem: Erven F. Bohn N.V. m/s. 12. |edition= has extra text (bantuan)

Srivijaya

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne