Rencana ini mengenai famili kimia steroid. Untuk bahan mempertingkat persembahan, sila lihat steroid anabolik.
Steroid ialah sejenis sebatian organik dari jenis lipidterpenoid. Ia mempunyai dua peranan biologikal yang penting: sesetenganh steroid tertentu (seperti kolesterol) merupakan komponen utama membran plasma. Ada juga banyak jenis steroid yang berfungsi sebagai molekul pengisyarat yang mengaktifkan penerima hormon steroid dalam sel-sel.
Struktur teras steroid terdiri daripada tujuh belas atom karbon yang bergabung menjadi bentuk yang seakan-akan cincin yang bercantum: tiga gelungan enam-atom sikloheksana (gegelang A, B dan C di rajah yang bersebelahan) dan satu gegelang siklopentana (gegelung D). Jenis-jenis steroid bergantung kepada kelompok berfungsi yang bercantum pada gegelang asas ini serta keadaan oksidasi geglung tersebut. Steroid-steroid yang mempunyai kumpulan hidroksil di posisi ketika dan rerangka yang dihasilkan daripada kolestan dikenali sebagai sterol.[2][3] Steroid-steroid juga boleh dipelbagaikan dengan ketaranya mengikut perubahan pada struktur gegelang mereka.
^Also available in print at Hill, R.A.; Makin, H.L.J.; Kirk, D.N.; Murphy, G.M. (1991). Dictionary of Steroids. London, GBR: Chapman and Hall. m/s. xxx–lix. ISBN0412270609. Dicapai pada 20 June 2015. Unknown parameter |name-list-format= ignored (bantuan)