Suara (fonetik)

Suara atau penyuaraan ialah istilah yang digunakan dalam bidang fonetik dan fonologi untuk menghuraikan ciri-ciri bunyi pertuturan, sama ada bersuara atau tak bersuara. Sebenarnya, istilah penyuaraan ini memaksudkan dua konsep yang berbeza, iaitu

  • proses penyebutan yang mana pita vokal bergetar. Pengertian ini digunakan terutamanya dalam bidang fonetik untuk menghuraikan fon iaitu bunyi pertuturan tertentu.
  • pengelasan bunyi pertuturan yang sering dikaitkan dengan getaran pita vokal tetapi tidak semestinya disuarakan pada tahap penyebutan. Pengertian ini digunakan dalam bidang fonologi ketika menghuraikan fonem, atau dalam bidang fonetik ketika menghuraikan fon.

Pada tahap penyebutan, bunyi bersuara adalah yang mana pita vokal bergetar, manakala bunyi yang tak bersuara adalah yang mana pita vokal tidak bergetar. Penyuaraan ini merupakan perbezaan antara pasangan bunyi yang dikaitkan dengan huruf-huruf "s" dan "z". Apabila jari diletakkan pada peti suara (tempat terletaknya halkum di bahagian atas kerongkong), boleh terasanya getaran apabila menyebut zzzz, tetapi tidak demikian apabila menyebut ssss. (Untuk penjelasan yang lebih terperinci, rujuk suara modus dan pembunyian.) Bunyi vokal dan sonoran lain (seperti m, n, l, dan r) adalah bersuara modus.


Suara (fonetik)

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne