Hos Bandar | Beijing, China |
---|---|
Cogan kata | 同一個世界同一個夢想 (Cina Tradisional One World, One Dream (Inggeris) |
Negara | 204 |
Atlet | 11,028[1] |
Acara | 302 dalam 28 sukan |
Pembukaan | 8 Ogos 2008 |
Penutupan | 24 Ogos 2008 |
Dibuka oleh | |
Kawah Obor | |
Stadium | Stadium Nasional Beijing |
Musim Panas Musim Sejuk
Sukan Paralimpik Musim Panas 2008 |
Sukan Olimpik 2008 |
---|
IOC COC BOCOG |
Sukan Olimpik 2008 (Tulisan Jawi: سوكن اوليمڤيك بيجيڠ 2008) atau secara rasminya dalam bahasa Inggeris: Games of the XXIX Olympiad (Sukan Olimpiad XXIX) merupakan sukan antarabangsa utama yang diadakan di Beijing, Republik Rakyat China dari 8 Ogos hingga 24 Ogos 2008. Seramai 11,028 atlet dari 204 negara (JOK) bertanding dalam 302 acara dalam 28 sukan. Upacara perasmian bermula tepat pada jam 08:08:08 pm CST (12:08:08 UTC) di Stadium Nasional Beijing. Ini merupakan kali pertama China menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, serta kali ketiga bagi negara Asia, selepas Tokyo pada 1964 dan Seoul pada 1988.
Terdapat banyak juga acara sukan yang dipertandingkan di luar Beijing iaitu bola sepak (di Qinhuangdao, Shenyang, dan Tianjin), ekuestrian (di Hong Kong), dan kapal layar (di Qingdao). Ia Olimpik yang ketiga yang dianjurkan dua negara NOC berlainan (Hong Kong dan tanah besar China menganjurkan Olimpik bersama).
Beijing dipilih sebagai tuan rumah oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada 13 Julai 2001. Logo rasmi temasya sukan (dinamai "Beijing Menari") menyerupai perkataan 京 (pinyin: jīng, ibu kota), merujuk kepada bandar raya Beijing. Beberapa JOK baru juga didaftarkan oleh IOC.
Kerajaan China menjayakan temasya ini dengan dilengkapi prasarana baru dan sistem pengangkutan yang canggih.[2][3] Sebanyak 37 lokasi digunakan untuk mengadakan temasya ini di samping 12 lokasi yang baru dibina. China yang dipilih sebagai tuan rumah menjadi medan kritikan dan tohmahan oleh segelintir ahli politik dan NGO yang menyelar akan rekod hak asasi manusia di China.[4][5] China dan yang lain, sementara itu, memberikan amaran supaya tidak mempolitikkan Sukan Olimpik.[6][7]
Temasya ini memperlihatkan 43 rekod dunia yang baru dan 132 rekod Olimpik yang baru dipecahkan.[8] 87 negara direkodkan memenangi sekurang-kurangnya satu pingat semasa temasya ini berlangsung. Michael Phelps memecahkan rekod dalam memenangi banyak pingat emas dalam seseuatu temasya Olimpik dan pingat emas terbanyak bagi kerjaya seseorang atlet Olimpik. Usain Bolt menggondol gelaran tradisi iaitu "Manusia Terpantas di Dunia" dengan mencatat rekod dunia dalam perlumbaan acara 100m dan 200m.
(...) confirmed the qualification of 11,028 athletes, including 363 supplement athletes holding a P card.