Sukan Paralimpik

Sukan Paralimpik adalah sebuah temasya aneka sukan antarabangsa terulung yang melibatkan atlet-atlet yang mengalami pelbagai kelainan upaya fizikal mahupun mental, termasuk yang lumpuh, kudung, buta, mahupun palsi serebrum. Ia terdiri daripada Sukan Paralimpik Musim Sejuk and Panas, yang dianjurkan sejurus selepas Sukan Olimpik masing-masing sejak 1988. Kesemua temasya Sukan Paralimpik ditadbir oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).

Sukan Paralimpik telah berkembang dari sebuah perjumpaan kecil para veteran Perang Dunia Kedua British pada tahun 1948 hinggalah antara acara kesukanan antarabangsa terbesar menjelang awal abad ke-21. Peserta-peserta Paralimpik memperjuangkan layanan yang sama rata dengan atlit Olimpik yang tidak kurang upaya, namun terdapat jurang pembiayaan yang besar antara atlit-atlit Paralimpik dan Olimpik.

Sukan Paralimpik dianjurkan sejajar dengan Sukan Olimpik, sementara Sukan Dunia Olimpik Khas yang diiktiraf oleh IOC disertai oleh mereka yang kurang upaya intelek, dan juga Deaflympics yang disertai oleh mereka yang kurang upaya pendengaran.[1][2]

Penerangan rasmi masa kini untuk nama "Paralimpik" adalah bahawa ia dipetik dari kata sendi Yunani παρά, pará ("di samping", "bersama") dan oleh yang demikian memaksudkan pertandignan yang dianjurkan sejajar dengan Sukan Olimpik.[3] Sukan Musim Panas 1988 yang diadakan di Seoul adalah julung-julung kali dipakainya istilah "Paralimpik".

Dengan adanya pelbagai kekurangan upaya yang ada pada para atlet Paralimpik, Maka Para atlit akan terbahagi kepada kategori pertandingan. Kekurangan upaya yang dibenarkan terbahagi kepada enam kategori yang umum, iaitu: kudung, palsi serebrum, ketidakupayaan dalam pembelajaran, kerusi roda, cacat penglihatan, dan Les Autres ("Lain-Lain", iaitu atlet yang kecacatannya tidak tergolong dalam lima kategori yang lain, termasuklah kekerdilan, sklerosis berbilang, dan gangguan kongenital). Kategori-kategori ini dibahagikan lagi kepada golongan-golongan yang berbeza mengikut sukan. Sistem penggolongan ini telah menyebabkan kontroversi penipuan yang berkisarkan atlet-atlet yang terlebih nyatakan kecacatan mereka di samping menggunakan dadah penambah daya yang didapati di acara-acara sukan yang lain.

  1. ^ The World Games for the Deaf and the Paralympic Games Diarkibkan 2012-07-05 di Wayback Machine, International Committee of Sports for the Deaf (CISS), December, 1996
  2. ^ Special Olympics and the Olympic Movement, Official website of the Special Olympics, 2006
  3. ^ "About the IPC". International Paralympic Committee. Dicapai pada 2010-04-06.

Sukan Paralimpik

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne