Bandar tuan rumah | Barcelona dan Madrid, Sepanyol |
---|---|
Cogan kata | Sport Without Limits (Melayu: Sukan Tanpa Had ) (Catalan: Esport Sense Límits ) (Sepanyol: Deporte Sin Límites ) |
Penyertaan negara | 82 (BCN) 75 (MAD)[1] |
Penyertaan atlet | 3,020 (BCN) 1,600 (MAD)[1][2] |
Acara | 508 dalam 20 sukan |
Upacara pembukaan | 3 September (BCN)
15 September (MAD) |
Upacara penutupan | 14 September (BCN)
22 September (MAD) |
Pembukaan dirasmikan oleh | Ratu Sofía |
Obor paralimpik | Antonio Rebollo (BCN) Coral Bistuer (MAD) |
Stadium utama | Estadi Olímpic de Montjuïc (BCN) Palacio de Deportes de la Comunidad de Madrid (MAD) |
Sukan Paralimpik Musim Panas 1992 (bahasa Inggeris: 1992 Summer Paralympics , Sepanyol: Juegos Paralímpicos de Verano de 1992 ; Catalan: Jocs Paralímpics d'estiu de 1992 ) atau secara rasminya Sukan Paralimpik Musim Panas ke-9 (bahasa Inggeris: 9th Summer Paralympics Games ) merupakan satu acara pelbagai sukan antarabangsa bagi atlet kurang upaya yang telah diadakan di Barcelona, Spain.[3] Tambahan lagi, Sukan Paralimpik bagi Orang Kurang Upaya Mental turut diadakan selepas itu di Madrid.[2]
Amerika Syarikat telah mendapat tempat pertama dalam jadual pingat keseluruhan dengan 175 buah pingat (75 pingat emas), diikuti dengan Jerman dan Great Britain. Afrika Selatan menyertai semula Sukan Paralimpik setelah penglibatannya "tidak diingini" oleh IPC atas sebab pengamalan dasar apartheid.[4][5] Temasya ini juga merupakan Sukan Paralimpik yang pertama bagi Algeria, Burkina Faso, Chile, Taipei Cina, Costa Rica, Cuba, Republik Dominika, Iraq, Myanmar, Namibia, Nigeria, Pakistan, Panama, Seychelles, Tanzania, Turki, Emiriah Arab Bersatu, Uruguay dan Yaman.
Ekoran daripada pembubaran Kesatuan Soviet dan Yugoslavia, Croatia, Estonia, Latvia, Lithuania dan Slovenia menyertai Sukan Paralimpik 1992 sebagai negara merdeka, manakala negara bekas Kesatuan Soviet yang lain bertanding di bawah Pasukan Bersatu. Jerman bertanding sebagai satu negara yang bersatu buat pertama kali setelah Tembok Berlin diruntuhkan.