Sungai Nil سوڠاي نيل | |
---|---|
Lokasi | |
Negara | |
Bandar-bandar utama | Jinja, Juba, Khartoum, Kaherah |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | Nil Putih |
• koordinat | 02°16′56″S 29°19′53″E / 2.28222°S 29.33139°E |
• ketinggian | 2,400 meter (7,900 ka) |
Sumber kedua | Nil Biru |
• lokasi | Tasik Tana, Habsyah |
• koordinat | 12°02′09″N 037°15′53″E / 12.03583°N 37.26472°E |
Muara | Laut Mediterranean |
• lokasi | Delta Nil, Mesir |
• koordinat | 30°10′N 31°09′E / 30.167°N 31.150°E |
• ketinggian | Aras laut |
Panjang | 6,650 kilometer (4,130 bt) |
Saiz lembangan | 3,349,000 km2 (1,293,000 bt2) |
Lebar | |
• maksimum | 2.8 kilometer (1.7 bt) |
Kedalaman | |
• purata | 8–11 meter (26–36 ka) |
Aliran | |
• lokasi | Aswan, Mesir |
• minimum | 530 m3/s (19,000 ka3/s) |
• purata | 2,633 m3/s (93,000 ka3/s) |
• maksimum | 7,620 m3/s (269,000 ka3/s) |
Aliran | |
• lokasi | Kaherah, Mesir |
• minimum | 500 m3/s (18,000 ka3/s) |
• purata | 2,000 m3/s (71,000 ka3/s) |
Aliran | |
• lokasi | Delta Nil, Mesir |
• purata | 1,584 m3/s (55,900 ka3/s) |
Ciri-ciri lembangan | |
Sistem sungai | Nile basin |
Anak sungai | |
• kiri | Nil Putih |
• kanan | Nil Biru, Atbarah |
Sungai Nil (Arab: نهر النيل ,; Bahasa Mesir Kuno iteru; bahasa Qibti ⲫⲓⲁⲣⲟ piaro atau phiaro, bahasa Nobiin: Áman Dawū[1]) ialah sebatang sungai utama yang mengalir ke utara di benua Afrika; ia sungai terpanjang benua tersebut. Sungai Nil umumnya pernah dianggap sebagai sungai yang terpanjang di dunia[2][3] namun kajian terbaharu lebih menyatakan sungai Amazon mempunyai tambahan jarak yang sedikit lebih.[4][5]
Sungai Nil mempunyai dua cawangan yang utama, iaitu Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih. Sungai Nil Biru ialah punca untuk kebanyakan air dan tanah subur Sungai Nil, tetapi Sungai Nil Putih ialah cawang yang lebih panjang antara kedua-dua cawang ini. Sungai Nil Putih berpuncakan kawasan tasik-tasik besar di Afrika Tengah, dengan titik punca terpencilnya di Rwanda Selatan ( dan mengalir ke utara merentasi Tanzania, Tasik Victoria, Uganda, dan bahagian selatan Sudan, manakala Sungai Nil Biru berpunca di Tasik Tana, Habsyah, dan mengalir masuk ke Sudan dari tenggara. Kedua-dua cawang ini bertemu berhampiran dengan Khartoum, ibu negara Sudan.
Bahagian utara Sungai Nil mengalir hampir pada keseluruhannya merentasi gurun, dari Sudan masuk ke Mesir, sebuah negara yang tamadunnya bergantung kepada sungai ini sejak dari zaman purba lagi. Kebanyakan penduduk Mesir dan kesemua kotanya, kecuali kota-kota yang terletak berhampiran dengan pantai, terletak di sepanjang lembah Nil di utara Aswan; hampir semua tapak kebudayaan dan sejarah Mesir Kuno terletak di sepanjang tebing sungai ini.
Sungai Nil tamat di sebuah delta yang mengalir masuk ke Laut Mediterranean.