Sungai Yamuna | |
---|---|
Nama asal | यमुना |
Lokasi | |
Negara | India |
Ciri-ciri fizikal | |
Muara | Sungai Ganges |
Ciri-ciri lembangan | |
Sistem sungai | Ganges Basin |
Sungai Yamuna (Sanskrit: यमुना, Urdu: جمنا kadang-kadang disebut Jamuna atau Jumna) adalah sungai terbesar dari cabang Sungai Gangga (Ganga) di utara India. Berasal dari Glasier Yamunotri di ketinggian 6,387 meter, di lereng barat daya puncak Banderpooch, Banjaran Himalaya. Panjangnya 1,376 kilometer dan menyalirkan air ke lembangan seluas 366.223 2, Km 40,2% dari seluruh cekungan Gangga, sebelum bergabung dengan Sungai Gangga di Triveni Sangam dan Allahabad.
Sungai ini melintasi beberapa negeri seperti Uttarakhand , Haryana ,Uttar Pradesh , Himachal Pradesh dan kemudian Delhi. Terdapat beberapa lagi cawangan sungai seperti Chambal, Sindh, Betwa dan Ken. Yang terpenting ia mencipta tanah aluvium yang sangat subur. Hampir 57 juta penduduk bergantung pada air Sungai Yamuna. Jumlah air sekitar 10,000 bilion meter padu (cbm) dan penggunaan 4,400 cbm (pengairan 96 peratus), lebih 70 peratus digunakan untuk bekalan air Delhi.
Sama seperti Gangga, Yamuna juga sangat dihormati dalam agama Hindu dan disembah sebagai dewi Yamuna. Dalam mitologi Hindu, ia adalah puteri tuhan Surya, dan saudara perempuan dari Yama.
Aliran air Sungai Yamuna bermula dari Yamunotri di Himalaya ke wilayah Wazirabad di Delhi, sekitar 375 km. Selepas itu banyak berlakunya pencemaran akibat proses perbandaran dan pembangunan. Sungai ini menjadi tempat pembuangan najis manusia dan sampah serta pelbagai toksid merbahaya.