Surau

Surau
Maklumat umum
StatusIbadah dan pengajian agama
JenisBangunan keagamaan
Gaya seni binaMelayu
Bandar/pekanSemenanjung Malaysia dan Sumatera Barat[1]
NegaraIndonesia dan Malaysia
PemilikMinangkabau
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Surau (Jawi: سوراو) ialah sebuah bangunan tempat berhimpun bagi penganut Islam di Semenanjung Tanah Melayu dan sesetengah kawasan di Sumatera yang digunakan untuk ibadah dan kegiatan keagamaan. Secara umumnya, struktur binaan kecil, namun fungsinya hampir sama dengan masjid, semua lelaki dan wanita dibenarkan masuk, dan digunakan untuk kegiatan keagamaan dan majlis perayaan. Penubuhan institusi ini dibangunkan dengan kesepakatan dan pendanaan masyarakat tempatan. Surau boleh dibandingkan sama seperti zawiyah dalam dunia Arab.[2] Dalam masyarakat Minangkabau, mereka menyambung tradisi sebelum kedatangan Islam, iaitu surau sebagai tempat tinggalnya kaum lelaki, dan tempatnya mulia di sisi masyarakat.[3]

Dalam kegunaan semasa, "surau" merujuk kepada masjid yang kecil, atau ruangan khas di bangunan=bangunan orang ramai (seperti pusat beli belah, universiti, atau kawasan rehat di lebuh raya) bagi lelaki dan wanita untuk menunaikan solat.

Surau di Bandar Taoyuan, Taiwan.
  1. ^ "Melacak Akar Sejarah Pendidikan Surau: Asal-Usul, Karakteristik, Materi dan Literatur Keagamaan" (PDF).
  2. ^ Azyumardi Azra, Islam in the Indonesian World: An Account of Institutional Formation. Bandung 2006, S. 63–69.
  3. ^ "Mengembalikan Peranan Surau di Minangkabau".

Surau

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne