Syria

Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Suriyah
Republik Arab Suriyah
ريڤوبليك عرب سورية
اَلْجُمْهُورِيَّةُ ٱلْعَرَبِيَّةُ ٱلْسُوْرِيَّة (Arab)
al-Jumhūriyyah al-ʿArabiyyah as-Sūriyyah
Bendera Suriyah
Jata de facto gunaan pemerintah peralihan[1] Suriyah
Bendera Jata de facto gunaan pemerintah peralihan[1]
Lagu kebangsaanBelum tentu[a]

Suriyah ditunjukkan berwarna hijau gelap; kawasan Wilayah Hatay dudukan Turki dan Lembah Golan taklukan Israel yang dituntut berwarna hijau muda
Ibu negara
dan bandar terbesar
Damsyik
33°30′N 36°18′E / 33.500°N 36.300°E / 33.500; 36.300
Bahasa utamaBahasa Arab Fusha
Bahasa sampinganLihat: Bahasa di Syria
Kumpulan etnik 80–90% Orang Arab
9–10% Orang Kurdi
1–10% lain-lain
Agama
(2024)[2]
KerajaanPemerintahan peralihan
• Presiden
Kosong
Kosong
Mohammed al-Bashir[7][8]
Pendirian
8 Mac 1920
• Negara di bawah mandat Perancis
1 Disember 1924
14 Mei 1930
• Tamat mandat Perancis
17 April 1946
• Meninggalkan Republik Arab Bersatu
28 September 1961
8 Mac 1963
8 Disember 2024
Keluasan
• Jumlah
185,180[9] km2 (71,500 bt2) (ke-87)
• Perairan (%)
1.1
Populasi
• Perkiraan 2024
25,000,753[10] (ke-57)
118.3/km2 (306.4/sq mi) (ke-70)
KDNK (PPP)2015
• Jumlah
USD50.28 bilion[11]
USD2,900[11]
KDNK (nominal)2020
•  Jumlah
USD11.08 bilion[11]
USD533
Gini (2022)positive decrease 26.6[12]
rendah
HDI (2022) 0.557[13]
sederhana · ke-157
Mata wangPaun Syria
(SYP)
Zon waktuUTC+3 (Waktu Piawai Arab)
Kod panggilan+963
Kod ISO 3166SY
DPT internet.sy
سوريا.

Suriyah[b] atau nama Inggerisnya Syria —secara rasminya Republik Arab Suriyah[c]— ialah sebuah negara di Asia Barat yang terletak di pantai timur Laut Rum dan pedalaman kawasan Masyrik. Ia bersempadanan dengan Turki di utara, Iraq di timur dan tenggara, Jordan di selatan, serta kawasan rebutan Palestin/Israel dan negara Lubnan di barat dayanya. Ia sebuah republik terdiri dari 14 kegabenoran. Damsyik ialah ibu negara dan bandar terbesar. Dengan penduduk sehingga 25 juta merentasi kawasan 185,180 kilometer persegi (71,500 bt2), ia menjadi negara ke-57 paling ramai penduduk dan ke-87 terbesar.

Negara ini terletak dalam rantau besar Syam yang turut dikenali dengan nama Syria oleh para sejarawan Barat. Ia merangkumi kawasan seberapa kerajaan dan empayar purba, termasuk Tamadun Ebla pada era milenium ke-3 SM. Damsyik dan Halab ialah bandar yang mempunyai kepentingan budaya yang besar. Damsyik menjadi pusat pentadbiran Khilafah Umaiyah dan ibu kota Kesultanan Mamluk di Mesir. Negara Suriyah moden ditubuhkan pada pertengahan abad ke-20 selepas berabad berada di bawah pemerintahan Uthmaniyah, sebagai Mandat Perancis. Negara ini mewakili negara Arab terbesar yang berpisah dari kawasan Suriyah yang diperintah Utmaniyah. Ia memperoleh kemerdekaan secara undang-undang (de jure) sebagai sebuah republik berparlimen pada 1945 apabila Republik Suriyah Pertama menjadi anggota pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, suatu tindakan yang secara undang-undangnya mengakhiri Mandat Perancis. Tentera Perancis berundur pada April 1946, menyerahkan kemerdekaan mutlak (de facto) kepada negara ini.

Era pascakemerdekaan menjadi kecoh, dengan pelbagai cubaan rampasan kuasa menggegarkan negara antara 1949 hingga 1971. Pada 1958, Suriyah menyertai kesatuan seketika dengan Mesir, yang ditamatkan dengan rampasan kuasa pada 1961 dan dinamakan sebagai Republik Arab Suriyah melalui pungutan suara perlembagaan. Rampasan kuasa 1963 dilakukan oleh sayap tentera Parti Ba'ath menubuhkan negara satu parti dan memerintah Suriyah di bawah undang-undang darurat dari 1963 hingga 2011, dan telah menggantung perlindungan perlembagaan untuk rakyat. Pergelutan kuasa dalaman dalam kalangan kumpulan Ba'ath menyebabkan rampasan kuasa seterusnya pada 1966 dan 1970, yang mana akhirnya menyebabkan rampasan kuasa oleh Hafiz al-Assad. Dia akhirnya menubuhkan sebuah pemerintahan minoriti dalam kalangan penganut aliran Alawiyah untuk menyatukan semua kuasa pegangan para ahli keluarganya. Selepas kematian Hafiz, anaknya Basyar mewarisi kepresidenan pada 2000.

Sejak revolusi musim bunga Arab pada 2011, Suriyah telah terlibat dalam perang saudara pelbagai pihak dengan penglibatan pelbagai negara, membawa kepada krisis pelarian dimana lebih 6 juta pelarian meninggalkan negara ini.[d] Kumpulan pengganas Daesh menawan banyak bandar Suriyah pada 2014–15, sebagai tindak balas yang mana Amerika Syarikat telah melancarkan sebuah gabungan antarabangsa untuk menewaskan IS di Syria. Selepas itu, tiga pertubuhan politik yakni Pemerintahan Sementara, Pemerintahan Penyelamatan, dan Rojava muncul di wilayah Suriyah untuk mencabar kekuasaan pemerintahan Basyar. Pada akhir 2024, sebuah serangan pemberontak daripada gabungan pasukan pembangkang membawa kepada penawanan beberapa bandar utama termasuk Damsyik, dan kejatuhan rejim Assad yang menyusul.[16]

Sebuah negara dengan dataran yang subur, gunung yang tinggi dan gurun, Suriyah ialah rumah bagi kumpulan etnik dan agama yang pelbagai. Orang Arab ialah kumpulan etnik terbesar, dan Muslim aliran Sunnah ialah kumpulan agama terbesar.

  1. ^ "Prime Minister of the Syrian Arab Republic". Syrian transitional government. Dicapai pada 11 December 2024.
  2. ^ a b "Syria: People and society". The World Factbook. CIA. 10 May 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 February 2021. Dicapai pada 30 December 2021.
  3. ^ "Syria (10/03)".
  4. ^ "Syria's Religious, Ethnic Groups". 20 December 2012.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Khalifa2013
  6. ^ Shoup, John A. (2018), The History of Syria, ABC-CLIO, m/s. 6, ISBN 978-1440858352, Syria has several other ethnic groups, the Kurds... they make up an estimated 9 percent...Turkomen comprise around 4-5 percent of the total population. The rest of the ethnic mix of Syria is made of Assyrians (about 4 percent), Armenians (about 2 percent), and Circassians (about 1 percent).
  7. ^ "Mohammed al-Bashir assigned to form new Syrian government". Ammon News.
  8. ^ "Mohammed al-Bashir appointed as Syria's prime minister after Assad's fall – [İLKHA] Ilke News Agency".
  9. ^ "Syrian ministry of foreign affairs". Diarkibkan daripada yang asal pada 11 May 2012.
  10. ^ "Syria Population". World of Meters.info. Dicapai pada 6 November 2024.
  11. ^ a b c "Syria". The World Factbook. Central Intelligence Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 February 2021. Dicapai pada 7 April 2021.
  12. ^ "World Bank GINI index". World Bank. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 February 2015. Dicapai pada 22 January 2013.
  13. ^ "HUMAN DEVELOPMENT REPORT 2023-24" (PDF). United Nations Development Programme (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. 13 March 2024. m/s. 274–277. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 1 May 2024. Dicapai pada 3 May 2024.
  14. ^ "Prime Minister of the Syrian Arab Republic". Syrian transitional government. Dicapai pada 11 December 2024.
  15. ^ "Regional group votes to suspend Syria; rebels claim downing of jet". CNN. 14 August 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 August 2012. Dicapai pada 14 August 2012.
  16. ^ Al-Khalidi, Suleiman; Azhari, Timour (8 December 2024). "Syrian rebels topple Assad, transforming Middle East". Reuters.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


Syria

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne