T-38 Talon | |
---|---|
Sebuah T-38A daripada Pangkalan Tentera Udara Edwards | |
Peranan | Latihan lanjut |
National origin | Amerika Syarikat |
Pengeluar | Northrop Corporation |
Penerbangan sulung | 10 April 1959 |
Pengenalan | 17 Mac 1961 |
Status | Operasi |
Pengguna utamas | Tentera Udara Amerika Syarikat Tentera Laut Amerika Syarikat NASA Tentera Udara Turki |
Dikeluarkan | 1961–1972 |
Jumlah dibina | 1,146 |
Kos seunit | |
Dibangunkan daripada | Northrop N-156 |
Kelainan | Northrop F-5 |
Northrop T-38 Talon adalah pesawat latihan jet supersonik buatan Amerika Syarikat. Pesawat ini merupakan pesawat latihan supersonik pertama dan paling banyak dikeluarkan di dunia. Sehingga tahun 2008, pesawat ini masih berkhidmat dengan pasukan tentera udara di seluruh dunia termasuk Tentera Udara Amerika Syarikat, yang mana merupakan pengguna pesawat ini yang terbesar.
Pesawat dianggap memiliki rekod keselamatan yang luar biasa bagi pesawat jet supersonik. Bagaimanapun, pada 11 Mei 2008, penggunaan pesawat T-38 telah digantung oleh Tentera Udara A.S setelah 2 kejadian terhempas yang melibatkan kematian dalam masa 8 hari. Kerangka asas pesawat ini telah digunakan untuk pesawat tempur ringan daripada keluarga F-5 Freedom Fighter. Selain digunakan oleh juruterbang Tentera Udara A.S, pesawat T-38 juga digunakan oleh angkasawan NASA, juruterbang dari negara NATO daripada program latihan bersama, serta beberapa pengguna awam.