Taejo dari Joseon (27 Oktober 1335 - 24 Mei 1408; Jawi: تيجو دري جوسون ), dilahirkan sebagai Yi Seong-gye (李成桂), yang namanya diubah menjadi Yi Dan, ialah pengasas dan raja pertama dinasti Joseon Korea. Beliau memerintah dari 1392 hingga 1398, dan tokoh utama dalam menggulingkan Dinasti Goryeo.
Ayahanda Taejo, Yi Ja-chun ialah seorang pegawai kecil Mongol dari etnik Korea.[1] Ibu Taejo Permaisuri Uihye yang berasal dari China dari kawasan Yantai-Weihai di Shandong.[2][3] Taejo menyertai tentera Goryeo dan naik dari satu pangkat ke pangkat yang lebih tinggi sebelum merampas takhta pada tahun 1392. Turun takhta pada tahun 1398 semasa perselisihan antara putera-puteranya, baginda meninggal dunia pada tahun 1408.