Koordinat: 14°37′45.17″N 120°59′18.29″E / 14.6292139°N 120.9884139°E
Tanah Perkuburan Utara Manila (Cementerio del Norte), sebesar 54 hektar, ialah perkuburan terbesar dan antara yang tertua di Metro Manila, Filipina. Di sebelahnya terletak dua lagi kuburan penting, Perkuburan La Loma dan Perkuburan Cina Manila. Perkuburan ini dimiliki oleh kerajaan bandar Manila.
Tanah perkuburan ini juga terkenal kerana banyaknya keluarga yang tinggal dalam bangunan-bangunan makam besar.[1]