Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batuan jatuh, kegagalan cerun, dan aliran sampah cetek. Tanah runtuh merupakan salah satu trrkaitan dengan kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian. Walaupun graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh, terdapat faktor-faktor tambahan lain:
tampungan berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain
tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil
pada tanah cetek, penebangan tumbuhan berakar dalam yang mengikat colluvium kepada batu asas.
Bahan di cerun yang menjadi tepu dengan air boleh membentuk aliran sampah atau aliran lumpur. Campuran pekat batu dan lumpur mungkin menghanyutkan pokok, rumah, dan kereta, dengan itu menghalang jambatan dan aliran sungai menyebabkan banjir sepanjang laluannya. Sama juga, air batu floes boleh terbentuk dalam sungai yang tersumbat dengan air batu, tetapi mengalir lebih perlahan. Walau bagaimanapun, ia mampu menghasilkan tenaga yang mencukupi bagi meruntuhkan jambatan.