Tasik-Tasik Besar di Amerika Utara (bahasa Inggeris: Great Lakes , Perancis: Grands Lacs ) terdiri dari lima buah tasik besar yang terletak di bahagian timur benua tersebut berdekatan sempadan antara negara-negara Kanada dan Amerika Syarikat. Kelompok tasik ini termasuklah tasik-tasik Erie, Huron, Michigan, Ontario dan Superior membentuk rangkaian atau kumpulan tasik air tawar terbesar di dunia.[1] Sistem tasik ini kadangkala dianggap sebagai laut pedalaman. Kumpulan Tasik ini bertemu dengan Lautan Atlantik di timur melalui Sungai Lawrence.
|1=
(bantuan); line feed character in |publisher=
at position 21 (bantuan)