Sastera atau kitab suci Hindu telah diklasifikasikan kepada dua kumpulan: śruti dan smṛti. Veda adalah śruti, karya yang diwahyukan. Semua karya lain—karya orang bijak dan resi seperti Manu, Yajnavalkya dan Parasara—yang menangani perkara yang lebih duniawi seperti ācāra (kelakuan peribadi) dan vyavahāra (kelakuan sosial) berada di bawah kumpulan kedua. Karya-karya ini juga dipanggil 'dharma sastra.' Teks-teks Itihasa dan Purana juga membentuk smriti. Walaupun Bhagavad Gita itu sebahagian daripada Mahabharata (Itihasa), lantas ia sebuah smriti, pada hari ini ia dianggap teks shruti oleh kebanyakan orang Hindu. Semua kitab shruti dikarang dalam bahasa Sanskrit.
Sastra atau sastera merujuk kepada apa-apa teks suci agama Hindu atau Buddha.[1] Asal perkataan ialah dari Sanskrit śāstra, dari 'śās' bermaksud 'mengajar'.
Konsep Hindu 'Veda dan sastra' Veda dan sastra dalam agama Hindu adalah teks suci yang memberikan pelbagai tafsiran tentang kewujudan dan realiti, sementara memberkan garis panduan untuk kehidupan rohani, sosial, dan etika.[2]
Veda dibahagikan kepada 4 buku utama, iaitu:
Setiap Veda ini terusnya mempunyai empat bahagian:
Selalunya, terdapat lebih daripada satu shakha (resensi) buat setiap samhita. Misalnya, Yajurveda mempunyai dua: Yajurveda shukla dan Yajurveda krishna. Kadang kala bahan-bahan bercampur-campur. Misalnya, dalam Yajurveda krishna, ayat-ayat samhita diselangi oleh bahan brahmana. Upanishad Brihadaranyaka dianggap sebagai aranyaka dan juga upanishad.