Jenis/bentuk sah | Awam (NYSE: TLK) |
---|---|
ISIN | ID1000129000 US7156841063 |
Industri | Maklumat & Komunikasi |
Ditubuhkan | 23 Oktober 1856 |
Ibu pejabat | Pejabat Pusat di Bandung, Jawa Barat, Indonesia |
Tokoh penting | Ririek Adriansyah, Presiden Pengarah |
Keluaran | Fixed Telephone, Cellular, Applications, Content, Data Communications, Property and Construction |
Hasil | IDR 136,5 Trilion (2020) |
Pemilik | Kerajaan Indonesia |
Anak syarikat | Lihat Anak syarikat |
Tapak web | https://www.telkom.co.id/ |
sunting · sunting di Wikidata |
PT Telkom Indonesia, Tbk. (Telkom Indonesia atau Telkom sahaja) (NYSE: TLK, LSE: TKID, IDX: TLKM)[1] ialah sebuah syarikat maklumat dan komunikasi serta pembekal perkhidmatan dan rangkaian telekomunikasi di Indonesia. Telkom mendakwa sebagai syarikat telekomunikasi terbesar di Indonesia, dengan jumlah pelanggan telefon tetap sebanyak 15 juta dan pelanggan telefon bimbit (Flexi) sebanyak 50 juta.
Telkom merupakan salah satu BUMN yang sahamnya saat ini adalah dimiliki oleh Kerajaan Indonesia (RI) (51,19%) dan oleh orang awam sebanyak 48,81%. Sebahagian besar pemilikan saham awam (45,58%) adalah dimiliki oleh pelabur asing, dan selebihnya (3,23%) oleh pelabur dalam negeri. Telkom juga menjadi pemegang saham majoriti di 9 anak syarikat, termasuk PT Telekomunikasi Selular (Telkomsel).
Presiden Pengarah Telkom sekarang ialah Ririek Adriansyah yang dilantik berdasarkan keputusan Mesyuarat Agung Pemegang Saham (AGM) Telkom bagi Tahun Kewangan 2018 pada 24 Mei 2019.