Tengkuk ialah bahagian belakang leher. Pada badan kebanyakan mamalia, tengkuk ialah bahagian kulit tidak sensitif yang mana si ibu boleh mengangkat anaknya dengan menggonggong tengkuknya.
Dalam kebudayaan tradisional Jepun, tengkuk (Jepun: 項 unaji) ialah salah satu daripada sebilangan kecil anggota badan wanita (selain muka dan tangan) yang tidak ditutupi oleh pakaiannya. Tengkuk wanita menjadi titik tarikan bagi kebanyakan lelaki Jepun (lihat solekan Geisha).[1]