Tentera Darat Soviet | |
---|---|
Советская армия Sovetskaya armiya | |
Ditubuhkan pada | 25 Februari 1946 |
Dibubarkan | 25 Disember 1991 |
Negara | Kesatuan Soviet |
Kesetiaan | Parti Komunis Kesatuan Soviet |
Jenis | Tentera darat |
Peranan | Peperangan darat |
Saiz | 3,668,075 aktif (1991) 4,129,506 simpanan (1991) |
Nama samaran | "Tentera Merah" |
Warna | Merah dan kuning |
Kawat | V Put (В путь) |
Kelengkapan | 55,000 kereta kebal [1] 70,000 pengangkut anggota berperisai [2] 24,000 kenderaan tempur infantri 33,000 artileri tunda 9,000 howitzer gerak sendiri 12,000 meriam anti-pesawat 4,300 helikopter |
Pertempuran |
|
Komander | |
Panglima Tertinggi Angkatan Darat Rusia | Lihat senarai |
Komander terkenal | Georgi Zhukov |
|
Tentera Darat Soviet (SA; Rusia: Советская армия [СА] , Sovetskaya armiya) (RA; Bahasa Ukraine: Радянська Армія [РА], Radiansʹka Armiya) adalah cabang tentera utama Angkatan Tentera Soviet diantara Februari 1946 dan Disember 1991, apabila ia telah digantikan oleh Angkatan Darat Rusia, walaupun ia tidak dibubarkan sepenuhnya sehingga 25 Disember 1993. Dari 28 Januari 1918 hingga 25 Februari 1946, ia dikenali sebagai Tentera Merah, ditubuhkan oleh satu dekri pada 15 (28) Januari 1918 "untuk melindungi penduduk, integriti wilayah dan kebebasan awam dalam wilayah negara Soviet." Angkatan Peluru Berpandu Strategik, Angkatan Pertahanan Udara dan Tentera Udara (pada kedudukan pertama, ketiga dan keempat didalam Angkatan Tentera Soviet; Angkatan Darat memegang tempat kedua) adalah sebahagian daripada Tentera Darat Soviet sebagai tambahan kepada Angkatan Darat. Nama rasmi bekas Tentera Merah terus digunakan sebagai nama samaran oleh kedua-dua pihak bermusuhan di sepanjang Perang Dingin.