Tentera Udara Iraq

Tentera Udara Iraq
القوة الجوية العراقية
Ditubuhkan pada22 April, 1931
Negara Iraq
CawanganTentera udara
SaizKira-kira 14,000[1][2]
Peringatan22 April (Hari Tentera Udara)[3]
Kelengkapan645 pesawat[4]
PertempuranPerang Inggeris-Iraq
Perang Enam Hari
Perang Yom Kippur
Perang Iran–Iraq
Serangan ke atas Kuwait
Perang Teluk Parsi
Pemberontakan di Iraq 1991
Zon larangan terbang Iraq
Perang Iraq

Darurat Iraq (2011–kini)

Komander
Komander
terkini
Staf Leftenan Jeneral Anwar Hamad Amin
Tanda kebesaran
Lambang sayap
Ensign tentera udara
Pesawat terbang
PenyerangSu-25, L-159
PejuangF-16IQ
PengawasanCH 2000, Ce 208 ISR, KA 350 ISR
PelatihCe172, Ce 208, T-6A, Bell 206B, OH-58C, Utva Lasta 95
PengangkutC-130E, C-130J, An-32B, KA 350ER, Mi-17, UH-1H

Tentera Udara Iraq (Arab: القوة الجوية العراقية, Al Quwwa al Jawwiya al Iraqiya) (kurdish: هێزی ئاسمانی عێراقی) merupakan sebuah cabang udara bagi Angkatan Tentera Iraq. Ia bertanggungjawab untuk meronda sempadan antarabangsa dan mengawasi aset negara. Tentera Udara Iraq juga bertindak sebagai pasukan sokongan kepada Tentera Laut Iraq dan Tentera Darat Iraq.

Tentera Udara Iraq telah ditubuhkan pada tahun 1931, iaitu semasa pemerintahan Britain di Iraq, bermula hanya dengan beberapa orang juruterbang. Selain untuk jangka masa pendek semasa Perang Dunia II, Tentera Udara Iraq menggunakan pesawat buatan Britian sehingga Revolusi 14 Julai pada tahun 1958, di mana kerajaan Iraq mula meningkatkan hubungan diplomatik dengan Kesatuan Soviet. Sepanjang tahun 1950-an hingga 1960-an, Iraq menggunakan pesawat buatan daripada Soviet dan Britian. Apabila Saddam Hussein mendapat kuasa pada tahun 1979, Tentera Udara Iraq mengalami perkembangan pesawat apabila lebih banyak pesawat buatan Soviet dan Perancis telah dipesan, dengan kemuncaknya semasa Perang Iran–Iraq, di mana tamat pada tahun 1988. Pada ketika ini Iraq memiliki 1,027 buah pesawat, dan menjadi tentera udara terbesar di wilayah Timur Tengah. Kejatuhannya bermula semasa Perang Teluk (1990–91) dan berlanjutan akibat kesan daripada penguatkuasaan zon larangan terbang. Aset Tentera Udara Iraq yang selebihnya pula dimusnahkan semasa serangan ke atas Iraq 2003. Kini, Tentera Udara Iraq dalam proses membina semula dan memperolehi kebanyakan latihan dan pesawat daripada Amerika Syarikat.

  1. ^ "Iraqi Air Force executes over 100 missions in support of Operation Charge of the Knights -Sale-". Salem-News.com (2008). Dicapai pada 2008-09-06.
  2. ^ Zavis, Alexandra (2008-09-07). "Iraq's air force taking to the skies again". Los Angeles Times. Dicapai pada 2008-09-27.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama GS
  4. ^ "Iraq Military Strength". Dicapai pada 11 October 2014.

Tentera Udara Iraq

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne