Tentera Udara Rusia (Bahasa Rusia: Военно-воздушные cилы России , tr. Voyenno-Vozdushnye Sily Rossii, secara harfiah "Military Air Forces of Russia") adalah cabang dalam Angkatan Aeroangkasa Rusia dan Angkatan Angkasa Rusia , yang ditubuhkan pada 1 Ogos 2015 dengan penggabungan Tentera Udara Rusia dan Pasukan Pertahanan Aeroangkasa Rusia.[6] Tentera Udara moden Rusia pada asalnya ditubuhkan pada 7 Mei 1992 selepas Boris Yeltsin membentuk Kementerian Pertahanan; namun, tentera udara Persekutuan Rusia ini mewarisi keturunan dan tradisi dari Perkhidmatan Udara Imperial Rusia (1912–1917) dan Tentera Udara Soviet (1918–1991).
Tentera Laut Rusia mempunyai pasukan udara bebasnya sendiri, iaitu Pasukan Udara Tentera Laut Rusia, yang merupakan bekas Soviet Aviatsiya Voyenno-morskogo Flota (diterjemah "Aviation of the military-sea fleet"), atau AVMF.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Janes2015