Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
Maklumat am | |
---|---|
Nama asli | Great Barrier Reef |
Inskripsi | 1981 (sesi Ke-5) |
Keluasan | 34,893,402.8830109, 34,870,000 he (3.7558946276689×1012, 3.7533755623066×1012 ka2) |
Laman sesawang | http://www.gbrmpa.gov.au/ |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Townsville, Queensland, Australia |
Koordinat | 16°24′S 145°48′E / 16.4°S 145.8°E |
sunting · sunting di Wikidata |
Terumbu Sawar Besar (bahasa Inggeris: Great Barrier Reef) ialah sistem terumbu karang terbesar di dunia[1] yang mengandungi lebih 2,900 batu karang dan sekitar 900 pulau yang terbentang sepanjang 2,600 km dengan luas permukaan sekitar 344,400 km².[2] Terumbu ini terletak di Laut Karang di pesisir Queensland, timur laut Australia.
Terumbu ini boleh dilihat dari angkasa lepas[3] dan merupakan struktur terbesar di dunia yang diperbuat daripada organisma hidupan. Strukturnya terdiri daripada berbilion-bilion organisma kecil, yang dikenali sebagai polip karang.[4] Terumbu Sawar Besar ini menjadi habitat pelbagai hidupan dan telah dipilih menjadi Tapak Warisan Dunia pada tahun 1981.[1] CNN telah melabelkannya sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban semula jadi dunia.[5] Queensland National Trust telah menamakannya sebagai ikon negeri Queensland.[6]
Sebahagian besar terumbu ini dilindungi oleh Taman Laut Terumbu Sawar Besar, yang membantu mengurangkan impak akibat kegunaan manusia seperti penangkapan ikan berlebihan dan pelancongan. Tekanan lain ke atas terumbu ini dan ekosistemnya termasuklah kualiti aliran air masuk, perubahan iklim yang diikuti dengan pemutihan karang secara besar-besaran dan kemunculan berkala tapak sulaiman berduri.
|accessdate=
(bantuan)
|accessdate=
(bantuan)
|accessdate=
dan |date=
(bantuan)
|accessdate=
dan |date=
(bantuan)
|accessdate=
dan |date=
(bantuan)
|accessdate=
(bantuan)