Time | |
---|---|
Editor | Richard Stengel |
Kategori | Majalah akhbar |
Frekuensi | Mingguan |
Edaran | 4,038,509 seminggu[1] (dalam A.S.) |
Keluaran pertama | 3 Mac 1923 |
Syarikat | Time Inc. (Time Warner) |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
Laman | www.time.com |
ISSN | 0040-781X |
Time ( tanda dagangan di dalam huruf besar sebagai in TIME) merupakan suatu majalah berita mingguan Amerika Syarikat, mempunyai banyak persamaan dengan Newsweek dan U.S. News & World Report. Edisi Eropah (Time Europe, dulu dikenali sebagai Time Atlantic) diterbitkan dari London. Time Europe meliputi Timur Tengah, Afrika dan, semenjak 2003, Amerika Latin . Edisi Asia pula iaitu (Time Asia) berpengkalan di Hong Kong. Time diterbitkan serentak di Kanada, dengan iklan yang berasingan. Edisi Pasifik Selatan , yang meliputi Australia, New Zealand dan Kepulauan Pasifik, berpengkalan di Sydney. Di dalam kempen-kempen pengiklanan, majalah tersebut bercadang bahawa satu ejaan terbalik huruf-huruf T-I-M-E yang menyatakan menandakan sama dengan "The International Magazine of Events."
Semenjak pertengahan 2006, Richard Stengel merupakan pengarah editor.