Dalam kimia fizik, termodinamik, kimia dan fizik jirim termeluwap, titik genting (Inggeris: critical point), juga dikenali sebagai keadaan genting berlaku dalam keadaan (seperti suhu, tekanan atau komposisi yang tertentu) di mana tidak ada sempadan fasa yang wujud. Terdapat pelbagai jenis titik genting, termasuklah titik genting wap-cecair dan titik genting cecair-cecair.