Tom Vilsack

Tom Vilsack
Setiausaha Pertanian Amerika Syarikat
ke-30 & ke-32
Menyandang jawatan
24 Februari 2021
PresidenJoe Biden
Didahului olehSonny Perdue
Dalam jawatan
20 Januari 2009 – 13 Januari 2017
PresidenBarack Obama
TimbalanKathleen Merrigan
Krysta Harden
Michael Scuse (pemangku)
Didahului olehEd Schafer
Digantikan olehSonny Perdue
Dalam jawatan
15 Januari 1999 – 12 Januari 2007
LeftenanSally Pederson
Didahului olehTerry Branstad
Digantikan olehChet Culver
Anggota Senat Iowa dari daerah ke-49
Dalam jawatan
11 Januari 1993 – 11 Januari 1999
Didahului olehJack Hester
Digantikan olehMark Shearer
Datuk Bandar Mount Pleasant
Dalam jawatan
1987–1992
Didahului olehEdward King
Digantikan olehStanley Hill
Maklumat peribadi
Lahir
Thomas James Vilsack

(1950-12-13) 13 Disember 1950 (umur 74)
Pittsburgh, Pennsylvania, A.S.
Parti politikDemokrat
PasanganChristie Bell (k. 1973)
Anak2
PendidikanKolej Hamilton, New York
Albany Law School
TandatanganTandatangan

Thomas James Vilsack (/ˈvɪlsæk/; lahir 13 Disember 1950) ialah seorang ahli politik dan peguam Amerika Syarikat yang berkhidmat sebagai Setiausaha Pertanian Amerika Syarikat dari bulan Januari 2009 hingga bulan Januari 2017 dan sekali lagi sejak 24 Februari 2021. Seorang ahli Parti Demokrat dari Iowa, Vilsack juga berkhidmat sebagai Gabenor Iowa dari tahun 1999 hingga tahun 2007.

Pada 30 November 2006, beliau secara rasmi mengumumkan pencalonannya untuk Presiden Amerika Syarikat bagi Parti Demokrat pada pilihan raya 2008 tetapi menarik diri pada 23 Februari 2007.[1] Presiden terpilih ketika itu, Barack Obama mengumumkan pencalonan Vilsack sebagai Setiausaha Pertanian pada 17 Disember 2008. Pencalonannya disahkan oleh Senat Amerika Syarikat dengan persetujuan sebulat suara pada 20 Januari 2009. Sehingga pengundurannya pada 13 Januari 2017[2] iaitu seminggu sebelum penggal kedua Obama tamat sebagai presiden, Vilsack merupakan satu-satunya ahli Kabinet A.S. yang telah berkhidmat sejak Obama mula memegang jawatan.

Pada 19 Julai 2016, The Washington Post melaporkan bahawa Vilsack berada dalam senarai khabar angin menjadi calon gandingan Hillary Clinton ketika pilihan raya presiden tahun itu. Akhirnya, senator dari Virginia, Tim Kaine dipilih.[3]

Pada 10 Disember 2020, presiden Joe Biden mengumumkan hasratnya untuk mencalonkan Vilsack sekali lagi sebagai Setiausaha Pertanian dalam pentadbirannya.[4] Pencalonan beliau disahkan Senat Amerika Syarikat pada 23 Februari 2021.

  1. ^ Pindel, James W. (February 23, 2007). "Vilsack Dropping Out". Boston Globe. Diarkibkan daripada yang asal pada March 3, 2016.
  2. ^ "Radio Iowa, January 13, 2017". Diarkibkan daripada yang asal pada January 6, 2018. Dicapai pada January 14, 2017.
  3. ^ "Two names emerge from Clinton's VP deliberations: Kaine and Vilsack". The Washington Post. July 19, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada January 2, 2019. Dicapai pada July 19, 2016.
  4. ^ @Transition46 (December 10, 2020). "Keluarga bekerja, veteran, petani dan pengeluar, dan mereka yang memperjuangkan tempat mereka di kelas menengah akan mempunyai rakan kongsi dalam pemerintahan sekali lagi. Kumpulan yang berpengalaman ini akan membantu kita mengatasi wabak ini dan berkembang sebaik sahaja krisis selesai" (Twit). Dicapai pada December 10, 2020 – melalui Twitter.

Tom Vilsack

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne