Undang-undang persaingan, juga dikenali di Amerika Syarikat sebagai "undang-undang antitrust" atau "undang-undang antimonopoli", mempunyai tiga unsur utama:
- melarang persetujuan atau tindakan yang menyekat perdagangan bebas dan persaingan antara entiti perniagaan. Ini termasuklah kartel.
- melarang perbuatan kesat oleh firma yang menguasai pasaran, atau perbuatan anti-persaingan yang membawa kepada kedudukan dominan itu. Ini termasuklah predatory pricing, tying, price gouging dan refusal to deal.
- mengawasi penggabungan dan pemerolehan perbadanan besar, termasuk sesetengah usaha sama. Urus niaga yang dianggap mengancam proses persaingan boleh dihalang sama sekali, atau dibenarkan dengan beberapa syarat seperti kewajipan mempelbagai sebahagian syarikat gabungan atau menawarkan lesen atau capaian kepada kemudahan untuk membolehkan syarikat lain terus bersaing.