Unsur kumpulan 12

Kumpulan → 12
↓ Kala
4 30
 Zn 
5 48
 Cd 
6 80
 Hg 
7 112
 Cn 

Unsur kumpulan 12 juga dikenali sebagai kumpulan Zink merupakan kumpulan unsur kimia yang terkandung dalam lajur ke-12 (sistem IUPAC) jadual berkala unsur. Kumpulan ini terdiri daripada logam zink (Zn), kadmium (Cd) dan raksa atau merkuri (Hg). Kedudukan kopernisium (Cn) dalam kumpulan 12 hanyalah suatu jangkaan memandangkan kuantiti yang cukup bagi unsur tersebut belum berjaya disediakan untuk membolehkan sifat kimianya dikira.

Sebagai mana kumpulan unsur lain, unsur-unsur dalam kumpulan ini menunjukkan corak dalam konfigurasi elektronnya, terutamanya petala paling luar, dan seterusnya sifat kimia mereka.

Z Unsur Bilangan elektron/petala
30 zink 2, 8, 18, 2
48 kadmium 2, 8, 18, 18, 2
80 raksa 2, 8, 18, 32, 18, 2
112 kopernisium 2, 8, 18, 32, 32, 18, 2

Unsur kumpulan 12

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne