Penemuan | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Ditemui oleh | William Herschel | ||||||||||||
Tarikh penemuan | 13 Mac 1781 | ||||||||||||
Designasi | |||||||||||||
Adjektif | Uranian | ||||||||||||
Ciri-ciri orbit | |||||||||||||
Epok J2000 | |||||||||||||
Afelion | 3,006,389,405 km 20.096 471 90 AU 1,868,088,249 batu | ||||||||||||
Perihelion | 2,735,555,035 km 18.286 055 96 AU 1,699,799,169 batu | ||||||||||||
Paksi semimajor | 2,870,972,220 km 19.191 263 93 AU 1,783,943,710 batu | ||||||||||||
Kesipian | 0.047 167 71 | ||||||||||||
Tempoh qamari | 369.65 hari | ||||||||||||
Kelajuan purata orbit | 6.795 km/s | ||||||||||||
Kecondongan | 0.769 86° (6.48° ke khatulistiwa Matahari) | ||||||||||||
Longitud nod menaik | 74.229 88° | ||||||||||||
Satelit | 27 | ||||||||||||
Ciri-ciri fizikal | |||||||||||||
Jejari khatulistiwa | 25,559 km (4.007 Bumi) | ||||||||||||
Jejari kutub | 24,973 km (3.929 Bumi) | ||||||||||||
Luas permukaan | 8.084×109 km2 (15.849 Bumi) | ||||||||||||
Isi padu | 6.834×1013 km3 (63.086 Bumi) | ||||||||||||
Jisim | 8.6832×1025 kg (14.536 Bumi) | ||||||||||||
Min ketumpatan | 1.318 g/cm3 | ||||||||||||
Graviti permukaan khatulistiwa | 8.69 m/s2 (0.886 g) | ||||||||||||
Halaju lepas | 21.29 km/s | ||||||||||||
Tempoh putaran ikut bintang | −0.718 33 hari (17 jam 14 min 24 saat) [1] | ||||||||||||
Halaju putaran khatulistiwa | 2.59 km/s = 9320 km/j | ||||||||||||
Kecondongan paksi | 97.77° | ||||||||||||
Jarak hamal kutub utara | 77.31° (5 jam 9 min 15 saat) | ||||||||||||
Keserongan kutub utara | +15.175° | ||||||||||||
Albedo | 0.51 | ||||||||||||
| |||||||||||||
Atmosfera | |||||||||||||
Tekanan atmosfera | 120 kPa (pada aras awan) | ||||||||||||
Komposisi | 83% Hidrogen 15% Helium 1.99% Metana 0.01% Ammonia 0.00025% Etana 0.00001% Asetilin surih Karbon monoksida surih Hidrogen sulfida | ||||||||||||
sunting |
Uranus (Jawi: أورانوس ) merupakan planet ketujuh daripada Matahari. Ia merupakan planet ketiga terbesar dari segi jejarinya dan planet keempat terbesar dari segi jisimnya di Sistem Suria. Nama Inggeris Uranus adalah bersempena nama dewa langit Yunani purba iaitu Ouranos (bahasa Yunani Kuno: Οὐρανός), bapa kepada Kronos (setaraf Saturnus) dan datuk Zeus (setaraf Jupiter). Walaupun ia boleh dilihat dengan mata kasar, planet ini tidak dikenal pasti oleh tamadun purba kerana kesuramannya dan putaran orbitnya yang perlahan.[2] Sir William Herschel mengumumkan penemuannya pada 13 Mac 1781 dan ini menyebabkan garis sempadan yang diketahui dalam Sistem Suria buat pertama kalinya dalam sejarah moden dapat dikembangkan. Uranus juga planet pertama yang ditemui melalui teleskop.