Ustaz (Jawi: استاذ ) adalah kata pinjaman dari bahasa Arab yang mempunyai maksud di dalam bahasa Melayu sebagai: (1) tuan; atau (2) guru agama (lelaki).[1] Manakala ustazah (Jawi: استاذة) adalah kata pinjaman dari bahasa Arab yang mempunyai maksud di dalam bahasa Melayu sebagai: guru agama (perempuan).[2] Asatizah (Jawi: أساتيزة) merupakan kata jamak bagi perkataan ustaz-ustaz atau ustazah-ustazah atau ustaz dan ustazah.[3]
Dalam masyarakat Melayu, ustaz dikhususkan kepada mereka yang mengajar agama atau pelajaran agama Islam di sekolah, madrasah, masjid, pondok dan sebagainya.[perlu rujukan]
Tok guru pula merujuk kepada guru agama yang memiliki kepimpinan rohaniah.