Jenis/bentuk sah | Awam |
---|---|
Didagangkan sebagai | |
ISIN | US92556V1061 |
Industri | Farmasi |
Pendahulu | |
Ditubuhkan | 16 November 2020 |
Ibu pejabat | Canonsburg, Pennsylvania[1], Amerika Syarikat |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
Tokoh penting | Robert J. Coury (Pengerusi eksekutif)
Michael Goettler (CEO) |
Keluaran | Ubat-ubatan berjenama dan generik serta bahan aktif farmasi |
Bilangan kakitangan | ~45,000[2] |
Anak syarikat | Mylan, Upjohn |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Viatris Inc. ialah syarikat penjagaan kesihatan global Amerika Syarikat yang dibentuk melalui penggabungan Mylan dan Upjohn pada 16 November 2020.[3]
Nama tersebut berasal dari dua perkataah bahasa Latin iaitu via, yang bermaksud jalan, dan tris, yang bermaksud tiga, yang bertumpu pada jalur ke tiga tujuan utama yang ditetapkan syarikat.[4][5]
Semasa penggabungan, Michael Goettler menjadi CEO baru syarikat itu.[3][6][7][8] Susulan penggabungan itu, syarikat itu mula didagangkan di NASDAQ menggunakan simbol saham VTRS.[3]
Syarikat ini menghasilkan dan menjual pelbagai jenis ubat: ubat berjenama (seperti Viagra, Xanax, Lipitor),[9][10] ubat generik, termasuk ubat generik berjenama dan kompleks, biosimilar, dan ubat bebas (OTC) serta bahan aktif farmasi.[11] Mereka termasuk dalam pelbagai bidang terapeutik, seperti kardiovaskular, penyakit berjangkit, onkologi, imunologi, SSP dan anestesia, penjagaan kesihatan wanita, diabetis dan metabolisme, gastroenterologi, pernafasan dan alergi, dan dermatologi.[12]