Rencana ini perlu dikemas kini.(Januari 2023) |
Waktu Indonesia Barat ofset UTC | UTC+07:00 |
---|---|
Waktu Indonesia Tengah ofset UTC | UTC+08:00 |
Waktu Indonesia Timur ofset UTC | UTC+09:00 |
Mula | 1 Januari 1988 |
Tatatanda masa | Jam 24 jam |
Data tz | Asia/Jakarta · Asia/Pontianak · Asia/Makassar · Asia/Jayapura |
Republik Indonesia ialah sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara dan mempunyai tiga zon waktu.[1] Waktu Indonesia Barat atau WIB ialah tujuh jam mendahului Waktu Universal Selaras (UTC+7), digunakan di pulau Sumatera, Jawa, dan sebahagian barat Kalimantan (Barat dan Tengah). Waktu Indonesia Tengah atau WITA ialah lapan jam mendahului UTC (UTC+8), digunakan di sebahagian timur Kalimantan (Timur dan Selatan), Bali, Nusa Tenggara (Timur dan Barat), dan Sulawesi. Waktu Indonesia Timur atau WIT ialah sembilan jam mendahului UTC (UTC+9), digunakan di kepulauan Maluku, Maluku Utara, Papua dan Papua Barat.