Wangsa Yi | |
---|---|
| |
Negara | Empayar Korea Joseon |
Gelaran |
|
Diasaskan | 17 Julai 1392 - Pengasasan Joseon. |
Pengasas | Taejo dari Joseon |
Pemerintah terakhir | Sunjong dari Korea |
Ketua terkini | Putera Yi Won |
Deposition | 1910 - Perjanjian Jepun–Korea 1910 |
Etnik | Korea |
Cabang kadet | 125 cabang kadet (kira-kira 105 ekstan) termasuk:
|
Wangsa Yi, atau Kerabat Empayar Korea, juga yang dinamakan Dinasti Yi, Keluarga Yi, Keturunan Yi, atau sebagai puak Yi dari Jeonju, ialah keluarga diraja Joseon dan Kekaisaran Korea, yang terdiri dari keturunan Yi Seonggye, pengasas Joseon, yang dikenali dengan nama anumerta, Taejo ("leluhur tertinggi"). Semua keturunannya ialah anggota puak Yi dari Jeonju, termasuk keluarga imperial Empayar Korea (1897-1910).
Selepas Perjanjian Jepun-Korea pada tahun 1910, di mana Empayar Jepun telah mengilhak Semenanjung Korea, beberapa ahli puak Yi dari Jeonju telah diserap masuk ke dalam Kerabat Imperial Jepun dan bangsawan Jepun oleh pemerintah Jepun[1] hingga 1947, sebelum Perlembagaan Jepun diisytihar.[2] Di bawah Artikel ke-11 Perlembagaan Korea Selatan, kerajaan Korea tidak mengiktiraf apa-apa bentuk kasta istimewa sejak pengisytiharannya pada tahun 1948.[3] Walau bagaimanapun, dengan Perlembagaan menggantikan Kerajaan Sementara[4], Keluarga Imperial terus wujud sebagai simbol yang disukai dan menarik perhatian media di Korea Selatan. Ini berlaku paling baru-baru ini dengan pengebumian Yi Gu pada bulan Julai 2005, bekas ketua keluarga diraja, selain Putera Yi Seok pada ulang tahun ke-100 kemerdekaan Korea[5] pada 1 Mac, 2019.
Sejak kematian Yi Gu, Putera Imperial Hoeun pada tahun 2005, Republik Korea[6] dan Persatuan Keturunan Imperial yang dikendalikan oleh anggota keluarga, dan bandar Jeonju,[7] kerabat Dinasti Yi, pertimbangkan Putera Yi Seok sebagai ketua keluarga.