Wanita Pertama Amerika Syarikat | |
---|---|
First Lady of the United States | |
Kerajaan Amerika Syarikat | |
Anggota bagi | Keluarga pertama Amerika Syarikat |
Bidang kuasa | Amerika Syarikat |
Kediaman | Rumah Putih |
Tempoh jawatan | 4 tahun |
Penjawat sulung | Martha Washington |
Dibentuk | 30 April 1789 |
Senarai | List of first ladies of the United States (en) |
Tapak web | WhiteHouse.gov |
sunting · sunting di Wikidata |
Wanita Pertama Amerika Syarikat (kadang kala disingkatkan namanya sebagai FLOTUS, (Bahasa Inggeris: First Lady of the Unied States)[1] ialah isteri kepada Presiden Amerika Syarikat. Jika Presiden tidak berkahwin atau isteri beliau tidak dapat menjalankan tugas, kedudukan diisi oleh saudara perempuan atau rakan presiden, seperti Martha Jefferson Randolph semasa Presiden Thomas Jefferson, Emily Donelson dan Sarah Yorke Jackson semasa Presiden Andrew Jackson, Mary Elizabeth (Taylor) Bliss semasa Presiden Zachary Taylor, Mary Harrison McKee semasa Presiden Benjamin Harrison, selepas kematian ibunya, Harriet Lane semasa Presiden James Buchanan, dan Rose Cleveland sebelum perkahwinan Presiden Grover Cleveland. Wanita Pertama kini ialah Melania Trump, isteri kepada Presiden Amerika Syarikat ke-45 dan ke-47 Donald Trump.