WS-61 Sea King Commando | |
---|---|
| |
Peranan | Helikopter utiliti / pengangkut sederhana |
Pengeluar | Westland Helicopters |
Penerbangan sulung | 1969 |
Status | Aktif |
Pengguna utama | Tentera Laut Diraja Britain Tentera Udara Diraja Britain Tentera Laut Diraja Australia Tentera Laut India |
Jumlah dibina | 344 |
Dibangunkan dari | SH-3 Sea King |
Westland WS-61 Sea King adalah sebuah helikopter buatan Britain yang dibina secara berlesen berdasarkan model Sikorsky S-61 buatan Amerika Syarikat. Ia dikeluarkan oleh Westland Helicopters. Helikopter ini berbeza dengan versi buatan Amerika, di mana ia dilengkapkan dengan enjin Rolls-Royce Gnome dan sistem peperangan anti-kapal selam buatan Britain serta sistem kawalan berkomputer sepenuhnya. Westland Sea King juga dikeluarkan sebagai versi pengangkut anggota komando untuk pasaran eksport.