Westminster Abbey

Westminster Abbey
Gereja Berkolej Saint Peter di Westminster
Sebuah gereja putih dengan dua menara
Muka bangunan barat Westminster Abbey
Westminster Abbey yang terletak di City of Westminster
Westminster Abbey
Westminster Abbey
LokasiDean's Yard,
London,
NegaraEngland
MazhabGereja England
Mazhab terdahuluGereja Katolik
KepaderianAnglo-Katolik
Laman sesawangwestminster-abbey.org Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Diasaskans. 959
Ditahbiskan28 Disember 1065,
13 Oktober 1269
Seni bina
StatusGereja berkolej
Status fungsiAktif
Gelaran warisanTapak Warisan Dunia UNESCO
Digelarkan1987
Spesifikasi
Lebar ruang ibu85 kaki (26 m)[1]
Tinggi101 kaki (31 m)[1]
Luas lantai32,000 kaki persegi (3,000 m2)[1]
Bilangan menara2
Tinggi menara225 kaki (69 m)[1]
BahanBatu reigate; Batu Portland; Marmar Purbeck
Loceng10
Pentadbiran
Kawasan biskopLuar keuskupan (pengecualian diraja)
Paderi
DekanDavid Hoyle
KanonLihat Dekan dan Persidangan
Kakitangan luar gereja
Pengarah muzikAndrew Nethsingha
(Organis dan Pemimpin Koir)
Pemain organPeter Holder
(suborganis)
Matthew Jorysz
(pembantu)
Penolong pemain organDewi Rees
Koordinat51°29′58″N 00°07′39″W / 51.49944°N 0.12750°W / 51.49944; -0.12750Koordinat: 51°29′58″N 00°07′39″W / 51.49944°N 0.12750°W / 51.49944; -0.12750
Ditubuhkan padas. 959
Nama rasmi: Istana Westminster, Westminster Abbey dan Gereja Saint Margaret
JenisKebudayaan
Kriteriai, ii, iv
Direka bentuk pada1987 ([[[Jawatankuasa Warisan Dunia|sesi]]] ke-11)
No. Rujukan426
NegaraUnited Kingdom
KawasanEropah dan Amerika Utara
Penetapan tidak sah
Nama rasmi: Westminster Abbey (Gereja Berkolej St Peter)
Direka bentuk pada24 Februari 1958
No. Rujukan1291494[2]

Gereja Berkolej St Peter di Westminster (bahasa Inggeris: Collegiate Church of St Peter at Westminster), sering dirujukkan secara masyhur dan tidak rasmi sebagai Gereja Westminster (Westminster Abbey), ialah sebuah biara dan gereja Anglikan yang terletak di Bandar Westminster, London, England. Sejak tahun 1066, ia telah menjadi lokasi upacara pertabalan 40 raja dan ratu Inggeris serta British, dan tempat pengebumian untuk 18 raja dan ratu Inggeris, Scotland, dan British. Sekurang-kurangnya 16 perkahwinan diraja telah diadakan di gereja ini sejak tahun 1100. Ia pernah memegang status katedral buat sebentar, dari tahun 1546–1556 M, dan merupakan sebuah Pengecualian Diraja atau Royal Peculiar, iaitu di bawah kuasa raja dan bukannya uskup.

Walaupun asal-usul gereja ini tidak jelas, sebuah biara yang menempatkan rahib mazhab Santa Benedict telah wujud di tapak ini pada pertengahan abad ke-10. Bangunan besar pertama gereja ini dibina pada tahun 1040-an atas perintah Raja Edward Si Pengaku, yang dimakamkan di dalamnya. Pembinaan gereja yang ada sekarang bermula pada tahun 1245 atas arahan Henry III. Biara ini dibubarkan pada tahun 1559 dan gereja tersebut diisytiharkan sebagai Pengecualian Diraja—gereja Gereja England yang menjawab terus kepada raja—oleh Elizabeth I. Westminster Abbey, Istana Westminster, dan Gereja St Margaret diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1987 kerana kepentingan sejarah dan simboliknya.

Seni bina Goth gereja ini kebanyakannya diilhamkan oleh gaya Perancis dan Inggeris abad ke-13, namun beberapa bahagian gereja mempamerkan gaya Romanesque yang lebih awal atau gaya Baroque dan moden yang lebih kemudian. Capel Henry VII di hujung timur gereja merupakan contoh tipikal seni bina Renjangan Goth; ahli sejarah kepurbaan John Leland menggelarkannya satu orbis miraculum ("keajaiban dunia").

Biara ini menjadi tempat pengebumian lebih daripada 3,300 orang, termasuk tokoh-tokoh penting dalam sejarah Britain seperti raja, perdana menteri, penyair diraja, pelakon, pemuzik, saintis, pemimpin tentera, dan seorang Pahlawan Tidak Dikenali dari Perang Dunia Pertama. Disebabkan kemasyhuran tokoh-tokoh yang dikebumikan di sini, seniman William Morris menyifatkan gereja ini sebagai "Valhalla Kebangsaan."

  1. ^ a b c d "Dimensions of Westminster Abbey" (PDF). Westminster Abbey. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 12 Januari 2016.
  2. ^ "Westminster Abbey (The Collegiate Church of St Peter)". Historic England (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mei 2022. Dicapai pada 30 Januari 2023.

Westminster Abbey

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne