Whitney Houston

Whitney Houston
Houston pada 1991
Kelahiran
Whitney Elizabeth Houston

(1963-08-09)9 Ogos 1963
Meninggal dunia11 Februari 2012(2012-02-11) (umur 48)
Sebab kematianLemas dalam tab mandi
DikebumikanFairview Cemetery
Westfield, New Jersey, U.S.
PendidikanMount Saint Dominic Academy
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pelakon
  • penerbit rakaman
  • penerbit filem
  • model
PasanganBobby Brown
(k. 1992; c. 2007)
Anak-anakBobbi Kristina Brown
Ibu bapaJohn Russell Houston, Jr.
Cissy Houston
Hubungan
Kerjaya muzik
Genre
Tahun aktif1977–2012
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Laman sesawang
whitneyhouston.com
Tandatangan

Whitney Elizabeth Houston (9 Ogos 1963 – 11 Februari 2012) ialah seorang penyanyi, pelakon, penerbit dan peragawati berbangsa Amerika Syarikat. Houston merupakan seniwati yang paling banyak meraih anugerah sepanjang zaman, menurut Guinness World Records.[1] Antara 657 anugerah yang dimenanginya setakat tahun 2010 ialah 2 Anugerah Emmy, 8 Anugerah Grammy, 30 Anugerah Muzik Billboard dan 22 Anugerah Muzik Amerika. Houston juga merupakan salah seorang seniman muzik yang paling laris jualannya di seluruh dunia, setelah menjual lebih 220 juta album, single dan video ke serata dunia.[2] Dengan mendapat ilham daripada penyanyi-penyanyi soul yang tersohor dalam keluarganya, termasuk ibunya Cissy Houston, sepupu-sepupu Dionne Warwick dan Dee Dee Warwick, dan walinya Aretha Franklin, Houston mula menyanyi bersama koir gospel kanak-kanak di New Jersey pada umur 11 tahun.[3] Setelah mula membuat persembahan bersama ibunya di kelab-kelab malam sekitar Bandaraya New York, bakatnya ditemui oleh ketua label Arista Records, Clive Davis. Houston mengeluarkan tujuh album studio dan tiga album runut bunyi filem, kesemuanya meraih sijil berlian, berbilang platinum, platinum atau emas.

Houston merupakan satu-satunya seniman yang berjaya menempatkan lagu-lagunya di tangga teratas carta Billboard Hot 100 secara tujuh kali berturut-turut ("Saving All My Love for You", "How Will I Know", "Greatest Love of All", "I Wanna Dance with Somebody (Who Loves Me)", "Didn't We Almost Have It All", "So Emotional" dan "Where Do Broken Hearts Go"). Album pertama beliau pada tahun 1985, Whitney Houston, menjadi album debut yang paling laris dijual oleh seorang artis wanita ketika ia diterbitkan. Album ini dipilih sebagai album terbaik oleh majalah Rolling Stone pada tahun 1986, dan menduduki tangga 254 dalam senarai 500 Album Terhebat Sepanjang Zaman oleh majalah yang sama.[4] Album studio keduanya, Whitney (1987), menjadi album pertama oleh seorang artis wanita untuk muncul di tangga pertama dalam carta album Billboard 200.[4] Daya tarikan Houston yang merentasi pelbagai lapisan masyarakat serta keterserlahan beliau di saluran muzik video MTV, mulai dengan video untu "How Will I Know",[5] mempengaruhi ramai seniwati berketurunan Afrika-Amerika untuk mengikuti jejak langkahnya.[6][7] Pada tahun 1990 Whitney mengeluarkan album studio ketiganya, I'm Your Baby Tonight.

Houston mula-mula menceburi bidang lakonan sebagai bintang filem cetera The Bodyguard (1992). Runut bunyi asli filem tersebut memenangi anugerah Album Terbaik Grammy pada tahun 1994. Single terajunya, "I Will Always Love You", menjadi single yang paling laris dijual oleh artis wanita sepanjang sejarah muzik. Dengan album ini, Houston menjadi seniman pertama (baik solo mahupun berkumpulan, lelaki mahupun wanita) yang menjual lebih sejuta salinan sesebuah album dalam tempoh seminggu sahaja.[4] Houston terus membintangi filem-filem serta menyumbang kepada runut-runut bunyinya, termasuk Waiting to Exhale (1995) dan The Preacher's Wife (1996). Runut bunyi The Preacher's Wife menjadi album gospel yang paling laris dijual dalam sejarah.[8] Tiga tahun selepas keluarnya album studio keempatnya, My Love Is Your Love (1998), Houston memperbaharui kontrak rakamannya bersama Arista Records.[8] Beliau mengeluarkan album studio kelima, Just Whitney pada tahun 2002, dan album bertema Krismas, One Wish: The Holiday Album pada tahun 2003. Pada tahun 2009, Houston mengeluarkan album studio ketujuhnya, I Look to You.

Pada 11 Februari 2012, Houston ditemui mati Beverly Hilton Hotel, di Beverly Hills, California.[9]

  1. ^ "Whitney Houston biography". whitneyhouston.com. 19 Ogos 2009. Dicapai pada 22 Nov 2010.
  2. ^ "Whitney Houston story, song by song". Marie Claire. May 25, 2022. Dicapai pada June 28, 2023.
  3. ^ "Whitney Houston Sings Her Way to Stardom with Hit Album, Road Tour". Jet. Johnson Publishing Company. 68 (24): 59. 26 Ogos 1985. ISSN 0021-5996. Dicapai pada 7 Feb 2011.
  4. ^ a b c Huey, Steve (2006). "Whitney Houston biography". Allmusic.com. Dicapai pada 13 April 2009.
  5. ^ "The 1986 MTV Video Music Awards The Winners!". Billboard. Nielsen Business Media, Inc. 98 (41). October 11, 1986. ISSN 0006-2510. Dicapai pada 7 Feb 2011.
  6. ^ Corliss, Richard (13 Julai 1987). "The Prom Queen of Soul". Time Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-05. Dicapai pada 17 Mac 2007.
  7. ^ "A History of Soul Music". VH1. 18 Oktober 2007. VH1.
  8. ^ a b "Whitney Houston Biography". Rolling Stone. Dicapai pada 17 Mac 2011.
  9. ^ "Whitney Houston, 48, found dead in Beverly Hills". Los Angeles Times. February 11, 2012. Dicapai pada February 11, 2012.

Whitney Houston

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne