| Mesej laman ini secara ringkas: Rencana-rencana Wikipedia merangkumi topik-topik penting—topik yang mendapat perhatian dunia dalam tempoh yang agak lama, dan tidak berada di luar skop Wikipedia. Kami mengambil kira bukti daripada sumber-sumber bebas dan sesuatu tajuk dikatakan dikenali sekiranya ia menerima liputan yang cukup meluas dalam sumber sekunder yang boleh dipercayai tentang subjek berkenaan. Garis panduan kelayakan ini tidak menetapkan kandungan rencana, hanya sama ada topik harus mendapat rencananya sendiri. |
| Jika anda mahu mendapatkan nasihat sama ada sesuatu topik rencana itu layak atau tidak, sila lawat Wikipedia:Kedai Kopi dan nyatakan soalan di sana. |
Dalam Wikipedia, kelayakan adalah satu ujian yang digunakan penyunting bagi membuat keputusan sama ada sesuatu topik itu boleh diberikan rencananya tersendiri. Maklumat Wikipedia perlu dapat disahkan. Sesuatu topik tidak seharusnya diberi rencananya sendiri jika tiada sumber pihak ketiga dapat diperolehi berkaitannya. Konsep kelayakan Wikipedia mengenakan piawai asas ini bagi mengelakkan pemuatan topik secara sembarangan. Topik-topik rencana dan senari perlulah layak, atau "harus mendapat perhatian". Kelayakan tidak semestinya bergantung kepada perkara-perkara seperti kemasyhuran, kepentingan, atau populariti—walaupun perkara-perkara sedemikian dapat menambah penerimaan sesuatu subjek yang menepati garis panduan yang dijelaskan dengan lebih terperinci di bawah. Garis Panduan Wikipedia Kelayakan ini juga sangat menuruti dasar rasmi kami: Wikipedia:Pengesahan.