Laman ini mengenai kawalan terhadap teks rencana. Untuk pemilikan hak cipta dalam rencana, sila lihat
Wikipedia:Hak cipta.
| Laman ini mendokumenkan dasar atau polisi Wikipedia Bahasa Melayu, piawai yang telah dipersetujui ramai dan hendaklah diikuti oleh semua pengguna. Perubahan yang dibuat terhadapnya hendaklah menunjukkan sepersetujuan. | |
| Mesej laman ini secara ringkas: Tidak ada sesiapa yang "memiliki" rencana ataupun halaman di Wikipedia. Jikapun anda membuat atau menyunting sesuatu rencana, penyunting lain boleh membuat perubahan, dan anda tidak boleh menghalang mereka daripada berbuat demikian. Tambahan, anda tidak seharusnya mengundurkan suntingan mereka tanpa alasan kukuh. Pertentangan pendapat seharusnya diselesaikan dengan tenang, bermula dengan sebuah perbincangan pada laman perbincangan rencana. |
Semua kandungan Wikipedia [1] disunting secara kolaboratif. Tiada sesiapa, tidak kira sama ada orang itu sangat terampil, ataupun amat dihormati komuniti Wikipedia, memiliki hak untuk bertindak seolah-olah beliau pemilik sesuatu rencana.
- ^ Kandungan Wikipedia termasuklah rencana, kategori, templat, dan lain-lain.