Wikipedia:Tandatangan

Menandatangani mesej anda pada laman perbincangan dan laman ucapan Wikipedia yang lain merupakan etika yang baik dan memudahkan perbincangan bagi membantu pengguna lain dengan mengenal pasti penulis sesuatu komen itu. Pengguna yang membalas komen itu kemudiannya boleh bergerak ke laman perbincangan dan merujuk kepada komen pengguna tersebut. Perbincangan merupakan sebahagian daripada penyuntingan bersama-sama yang penting kerana ia dapat membantu setiap pengguna untuk memahami kemajuan dan evolusi sesuatu projek yang sedang dikembangkan.

Suntingan yang dilakukan pada rencana-rencana Wikipedia yang utama tidak seharusnya ditandatangani bagi rencana-rencana tersebut. Ini kerana ia ialah projek komuniti berdasarkan sumbangan ramai pengguna lain, justeru seorang penyumbang tidak sepatutnya diutamakan daripada yang lain.


Wikipedia:Tandatangan

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne