Wilayah Riyadh
منطقة الرياض | |
---|---|
Koordinat: 23°0′N 45°30′E / 23.000°N 45.500°EKoordinat: 23°0′N 45°30′E / 23.000°N 45.500°E | |
Negara | Arab Saudi |
Ibu negeri | Riyadh |
Boroughs | 20 |
Pentadbiran | |
• Emir | Faisal bin Bandar Al Saud |
Keluasan | |
• Jumlah | 404,240 km2 (156,080 batu persegi) |
Penduduk (bancian 2017) | |
• Jumlah | 8,216,284 |
• Kepadatan | 20/km2 (53/batu persegi) |
ISO 3166-2 | 01 |
Laman sesawang | www |
Wilayah Riyadh (Arab: منطقة الرياض Manṭiqat ar-Riyāḍ) atau Negeri Riyadh merupakan salah satu wilayah di Arab Saudi, yang terletak secara geografinya di tengah-tengah negara tersebut.Ia mempunyai kawasan seluas 404,240 km² dan penduduk seramai 8,216,284[1] pada 2017. Ia juga merupakan wilayah kedua terbesar dari sudut keluasan dan populasi, bersempadan Wilayah Utara dan Wilayah Makkah. Ibu negeri bagi wilayah ini ialah Daerah Riyadh dan ia dinamakan bersempena nama ibu negara, Riyadh yang merupakan kota paling ramai penduduk di wilayah Riyadh dan negara Arab Saudi, dengan kurang sedikit daripada dua pertiga penduduknya tinggal di kawasan bandar.
Bandar-bandar lain yang ramai penduduk di wilayah ini termasuklah Al Ghat, Zulfi dan Majma'ah. Lebih kurang separuh daripada wilayah ini merupakan kawasan gurun. Ia hanya bersempadan dengan wilayah-wilayah lain dan tiada sempadan antarabangsa. Wilayah-wilayah yang bersempadan, mengikut arah jam dari utara, ialah Wilayah Syarqiyah, Wilayah Najran, Wilayah 'Asir, Wilayah Makkah, Wilayah Madinah dan Wilayah al-Qasim. Ia merupakan salah satu daripada 7 wilayah di Arab Saudi yang tidak mempunyai pesisir pantai.