William Tecumseh Sherman

William Tecumseh Sherman
Black-and-white photograph of Sherman in uniform with his arms folded in front of him
Foto Sherman diambil oleh Mathew Brady di Washington, D.C., pada Mei 1865, sambil berkabung memakai reben hitam pada lengan kirinya susulan dari pembunuhan Presiden Abraham Lincoln.[1]
Panglima Tentera Darat A.S.
Dalam jawatan
4 Mac 1869 (4 Mac 1869) – 1 November 1883 (1 November 1883)
Presiden
Didahului olehUlysses S. Grant
Digantikan olehPhilip Sheridan
Pemangku Setiausaha Perang Amerika Syarikat
Dalam jawatan
6 September 1869 (6 September 1869) – 25 Oktober 1869 (25 Oktober 1869)
PresidenUlysses S. Grant
Didahului olehJohn Aaron Rawlins
Digantikan olehWilliam W. Belknap
Maklumat peribadi
Lahir(1820-02-08)8 Februari 1820
Lancaster, Ohio, A.S.
Mati14 Februari 1891(1891-02-14) (umur 71)
Bandar Raya New York, A.S.
Tempat semadiCalvary Cemetery, St. Louis, Missouri, A.S.
Parti politikRepublikan
PasanganEleanor Boyle Ewing (k. 1850; m. 1888)[2]
Anak8
Saudara Thomas Ewing Sherman (anak)
PendidikanAkademi Tentera Amerika Syarikat (BS)
TandatanganTandatangan W. T. Sherman
Nama panggilan
  • Cump
  • Uncle Billy
Perkhidmatan tentera
Cabang/khidmat
Tahun khidmat
  • 1840–1853
  • 1861–1884
Pangkat
Pangkalan
Perang/PertempuranPerang Seminole Kedua Perang Indian Amerika
Anugerah tenteraThanks of Congress (February 19, 1864, and January 10, 1865)[3]

William Tecumseh Sherman (8 Februari 1820 – 14 Februari 1891) ialah seorang soldadu, ahli perniagaan, pendidik dan penulis Amerika. Beliau berkhidmat sebagai seorang Jeneral dalam Tentera Union semasa Perang Saudara Amerika (1861–65). Dalam kempen tersebut, Sherman mendapat pengiktirafan buat keterampilannya dengan strategi ketenteraan dan juga cemuhan kerana kekerasan polisi "bumi hangus" yang dilaksanakannya semasa menjalankan perang total terhadap Negeri-negeri Gabungan.[4] Ahli sejarah ketenteraan, B. H. Liddell Hart mengatakan bahawa Sherman "jeneral moden pertama".[5]

Sherman berkhidmat di bawah Jeneral Ulysses S. Grant pada tahun 1862 dan 1863 semasa kempen-kempen yang membawa kepada kejatuhan kubu kuat Gabungan di Vicksburg di Sungai Mississippi dan berkesudahan dengan kekalahan tentera Gabungan di negeri Tennessee. Pada tahun 1864, Sherman menggantikan Grant sebagai panglima Tentera Kesatuan di kancah barat peperangan. Beliau seterusnya memimpin tentera menawan bandar Atlanta, suatu kemenangan yang membantu kejayaan pemilihan semula Abraham Lincoln sebagai Presiden Amerika Syarikat pada tahun 1864. Kemaraan Sherman merentasi Georgia dan Carolina melemahkan lagi keupayaan Gabungan untuk terus berperang. Beliau menerima penyerahan kalah tentera-tentera Gabungan di negeri-negeri Carolina, Georgia dan Florida pada bulan April 1865.

  1. ^ Lewis 1993, m/s. i.
  2. ^ "William T. Sherman Family papers". University of Notre Dame Archives. University of Notre Dame. Dicapai pada January 2, 2022.
  3. ^ Official Army Register for January, 1885. Washington, D.C.: Adjutant General's Office. 1885. m/s. 265.
  4. ^ One historian has written that Sherman's "genius" for "strategy and logistics ... made him one of the foremost architects of Union victory." Steven E. Woodworth, Nothing but Victory: The Army of the Tennessee, 1861–1865 (New York: Alfred A. Knopf, 2005), 631.For a very critical study of Sherman, see John B. Walters, Merchant of Terror: General Sherman and Total War (Indianapolis: Bobbs-Merrill, 1973).
  5. ^ Liddell Hart, p. 430.

William Tecumseh Sherman

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne