Republik Yunani Ελληνική Δημοκρατία | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: Eleftheria i Thanatos, (Ελευθερία ή Θάνατος", "Merdeka atau Mati") | |||||
Lagu kebangsaan: Ὕμνος εἰς τὴν Ἐλευθερίαν (Ýmnos eis tīn Eleftherían, Lagu kepada Kebebasan) | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Athens | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Yunani | ||||
Kerajaan | Republik berparlimen | ||||
• Presiden | Katerina Sakellaropoulou | ||||
Kyriakos Mitsotakis | |||||
Konstantinos Tasoulas | |||||
Penubuhan | |||||
3000 SM | |||||
• Kemerdekaan daripada Kerajaan Uthmaniyah | 28 Mac 1821 | ||||
• Diiktiraf | 1832 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 131,957 km2 (50,949 bt2)[1] (ke-95) | ||||
0.8669 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2019 | ▼ 10,724,599orang[2] (ke-85) | ||||
• Bancian Penduduk 2011 | 10,816,286 orang[3] | ||||
82[4]/km2 (212.4/sq mi) (ke-125) | |||||
KDNK (PPP) | 2020 | ||||
• Jumlah | ▲ $337.900 bilion[5] (ke-55) | ||||
▲ $31,616[5] (ke-50) | |||||
KDNK (nominal) | 2020 | ||||
• Jumlah | ▲ $222.785 bilion[5] (ke-50) | ||||
▲ $20,845[5] (ke-39) | |||||
Gini (2019) | 31.0[6] sederhana · ke-60 | ||||
HDI (2018) | ▲ 0.872[7] sangat tinggi · ke-32 | ||||
Mata wang | Euro (€)2 ( EUR ) | ||||
Zon waktu | UTC+2 (WET3) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+3 (WEST) | ||||
Kod panggilan | 30 | ||||
Kod ISO 3166 | GR | ||||
DPT internet | .gr |
Yunani (nama rasminya Republik Yunani - Bahasa Yunani: Ελληνική Δημοκρατία, Ellīnikī́ Dīmokratía, [e̞liniˈkʲi ðimokraˈti.a])[8] ialah sebuah negara di tenggara Eropah dan terletak di hujung semenanjung Balkan. Negara ini bersempadankan Bulgaria, Macedonia Utara dan Albania di utara, Turki dan Laut Aegia di timur, serta menghadap Laut-Laut Mediterranean dan Ionia masing-masing di selatan dan baratnya. Dikenali sebagai asal usul ketamadunan Barat, Yunani mempunyai sejarah yang kaya dan tersebar mempengaruhi tiga benua utama dunia mengelilinginya iaitu Eropah, Asia dan Afrika.
Jarak pesisiran pantai Yunani ke-12 terpanjang di dunia serta paling panjang di rantau Mediterranean iaitu 13,676 kilometer. Gunung Olympus ialah gunung tertinggi di Yunani dengan ketinggian 2,917 meter. Kira-kira 80% daripada permukaan tanah Yunani adalah terdiri dari gunung-ganang. Ada sembilan kawasan utama yang mendirikan Yunani ini: Makedonia, Yunani Tengah, Peloponnesos, Thessalia, Epiros, Kepulauan Aegea (termasuk Dodekanisa dan Kyklades), Thrake, Kriti dan Kepulauan Ionia. Ibukotanya Athens di kawasan Tengah negara ini.
Negara Yunani moden mula ditubuhkan pada tahun 1830, yakni pasca Perang Kemerdekaan Yunani. Ia merupakan ahli Kesatuan Eropah (EU) sejak 1981. Sebelumnya telah menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada tahun 1952. Terbaru, Yunani merupakan ahli dalam Agensi Angkasa Eropah (ESA) sejak tahun 2005. Kota Athens merupakan ibu negara dan bandaraya terbesar di Yunani.