Zaitun | |
---|---|
Olea europaea, Laut Mati, Jordan | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | O. europaea
|
Nama binomial | |
Olea europaea |
Zaitun (Jawi: زيتون , serapan bahasa Arab زَيْتُون zaytūn seakar زَيْت zayt "minyak";[1] nama saintifik: Olea europaea) ialah sejenis spesies tumbuhan (malah juga spesies jenis) dalam genus Olea keluarga Oleaceae bertaburan asal di lembangan sekitar Laut Mediterranean. Ia ditanam untuk mendapatkan buahnya yang dimanfaatkan baik sebagai ramuan makanan mahupun sebagai sumber mendapatkan minyak perahan tersendiri; penanaman pokoknya diusahakan di semua negara rantau Mediterranean serta di kawasan beriklim mirip seperti benua Amerika Utara malah juga di Hemisfera Selatan yakni Amerika Selatan, Australia, New Zealand dan Afrika Selatan.[2][3]
Zaitun merupakan spesies tumbuhan paling tertua diusahakan di dunia. Rekod sejarah menunjukkan pokok zaitun mempunyai pelbagai guna khasnya dalam bidang perubatan sejak zaman purba Mesir. Buah zaitun yang paling baik kualitinya dihasilkan di Yunani. Walau bagaimanapun, Sepanyol dan Itali merupakan negara pengeluar minyak zaitun terbesar.
Ia memainkan peranan penting dalam masyarakat rantau Syam dan Palestin zaman-berzaman, lagi-lagi dalam agama-agama samawi pegangan mereka: Kitab Kejadian umat Yahudi dan Kristian menceritakan seekor burung merpati membawakan sebatang ranting zaitun kepada Nuh di bahtera baginda menandakan tamatnya bencana banjir besar; minyaknya dikatakan bahan urap untuk Daud dan anakandanya Sulaiman dalam kitab-kitab susulan penganut Kristian.[4] Sebuah surah dalam Al-Quran pegangan umat Islam bersumpah atas nama zaitun yang banyak ditafsirkan mengias kepada Baitulmuqaddis.[5] Semua orang Palestin tanpa mengira agama memandang pokok zaitun sebagai lambang kekuatan diri dan hubungan mereka kepada alam sekitar.[6][7][8]