Zhonghua minzu (中华民族) Pinyin: Zhōnghuá Mínzú; (kadang-kadang diterjemah sebagai "bangsa Cina") , merujuk kepada semua rakyat di negara China tanpa mengira kumpulan etnik.
Zhonghua merujuk kepada konsep China dan ia merupakan nama rasmi yang diguna oleh Republik Rakyat China dan Taiwan. Minzu boleh diterjemah sebagai negara, rakyat atau kumpulan etnik.
Orang Cina Han merupakan kumpulan etnik yang terbesar, di mana 91.59%(1.2 bilion) daripada populasi rakyat China dikategorikan sebagai bangsa Han. Selain bangsa Han, kerajaan China juga mengiktiraf 55 bangsa atau kumpulan etnik yang lain.