Tarikh dibuka | 14 Januari 1930[1] |
---|---|
Lokasi | Ulu Klang, Gombak, Selangor, Malaysia |
Koordinat | 3°12′35″N 101°45′28″E / 3.20972°N 101.75778°EKoordinat: 3°12′35″N 101°45′28″E / 3.20972°N 101.75778°E |
Kawasan tanah | 110 ekar (45 he)[2] |
No. haiwan | 5137[2] |
No. spesies | 459[2] |
Pelawat tahunan | >1,000,000 |
Keahlian | ISO 9001:2008,[3] SEAZA [4] |
Pameran utama | 16 pameran utama |
Pemilik | Persatuan Zoologi Malaysia[5] |
Laman sesawang | www |
Zoo Negara Malaysia (disingkatkan sebagai Zoo Negara) ialah sebuah zoo negara yang pertama di Malaysia dan diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Zoologikal Malaysia iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang memainkan peranan utama dalam hal ehwal konservasi hidupan liar, penyelidikan, pendidikan dan rekreasi. Ia mula dirasmikan pada tahun 1930 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.[6] Zoo Negara bermula dengan koleksi induknya yang kini telah berkembang sehingga 459 spesies hidupan liar. Zoo yang dihuni kira-kira 5000 haiwan ini telah mengalami banyak transformasi dengan konsep pameran secara terbuka untuk keselesaan haiwan dan juga para pengunjung.
Ia terletak di Ulu Klang di timur laut Kuala Lumpur. Ia ditadbir oleh sebuah badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Zoologikal Malaysia yang ditubuhkan bagi mentadbir zoo pertama Malaysia. Zoo Negara ditubuhkan pada 14 Januari 1930 dan pada 2006 mempunyai sekitar 4,000 jenis haiwan daripada 400 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Pada 2007, Zoo Negara menerima sijil MS ISO 9001:2000. Zoo Negara merangkumi keluasan 110 ekar tanah yang terletak hanya sekitar 5 km dari bandar Kuala Lumpur. Zoo Negara kini mempamerkan konsep zoo terbuka dengan 90% haiwan ditempatkan di kandang terbuka yang luas dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan persekitaran asalnya.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama zoo_history
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama zoo_about
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama zoo_iso_2008
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama seaza_members
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Star