Jeon | |
---|---|
![]() | |
Nama alternatif | jeonya, jeonyu, jeonyueo, jeonyuhwa |
Jenis | Buchimgae, makanan ![]() |
Jenis sajian | Pembuka selera, banchan (hidangan sampingan), anju |
Tempat asal | Korea |
Kawasan/rantau | Korea |
Bahan utama | ikan, daging, ayam, makanan laut, sayur-sayuran, tepung, telur |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Nama Korea | |
---|---|
Hangul | 전 |
Hanja | 煎 |
Perumian Semakan | jeon |
McCune–Reischauer | chŏn |
![]() |
Rencana ini sebahagian dari siri |
Masakan Korea 한국 요리 조선 료리 |
---|
Jeon (Korea: 전 , 煎) merujuk kepada hidangan yang dibuat dengan keseluruhan, hirisan, atau cincangan ikan, daging, sayuran, dan sebagainya yang diperisakan, dan sadurkannya dengan tepung gandum dan telur sebelum menggorengnya di dalam minyak.
Ia juga dipanggil jeonyueo atau jeonyuhwa, terutama dalam masakan diraja Korea. Kadang-kadang, jeonya (저냐) digunakan sebagai istilah singkatan untuk kedua-duanya. Jeon dibuat dengan pelbagai bahan-bahan seperti hirisan daging, ayam, makanan laut dan sayuran bergantung kepada gaya dan dicampurkan dengan tepung adunan atau disalut dengan adunan telur dan kemudian digoreng dengan minyak.
Jeon biasanya dimakan sebagai pembuka selera, sebagai banchan (hidangan sampingan yang kecil), atau sebagai anju (makanan untuk dimakan sambil menikmati minuman keras). Jeon juga disajikan sebagai makanan yang penting untuk jesasang (Hangul: 제사상 ; hanja: 祭祀床 ) dan janchi (Hangul: 잔치 ; pesta). Jeon digunakan untuk jesa dipanggil gannap (Hangul: 간납 ; hanja: 干納 atau 肝納 ) atau gannam (Hangul: 간남 ; hanja: 肝南 ) yang dibuat dengan hati lembu, omasum, atau ikan bersama-sama dengan sayur-sayuran dan bawang hijau pada lidi.[1]
Jeon kadangkala dimakan sebagai pencuci mulut yang manis; kelainan seperti itu dikenali sebagai hwajeon (bermaksud "bunga jeon"). Bindaetteok (lempeng kacang hijau), pajeon (lempeng bawang hijau), dan kimchijeon ialah jeon popular di Korea Selatan. Jeon dinamakan biasanya mengikut bahan utamanya.