Bahasa Macedonia | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
македонски јазик makedonski jazik | |||||||
Sebutan | [maˈkɛdɔnski] | ||||||
Kawasan | Semenanjung Balkan | ||||||
Penutur bahasa | 6 juta[1] | ||||||
Indo-Eropah
| |||||||
Tulisan Cyril (jenis Macedonia) | |||||||
Status rasmi | |||||||
Bahasa rasmi di | Macedonia Utara diiktiraf sebagai bahasa minoriti di sebahagian daripada: Albania[2] Serbia[3] | ||||||
Dikawal selia oleh | Institut Bahasa Macedonia "Krste Misirkov" di Universiti Ss. Cyril dan Methodius Skopje | ||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-1 | mk | ||||||
ISO 639-2 | mac (B) mkd (T) | ||||||
ISO 639-3 | mkd | ||||||
|
Bahasa Macedonia |
---|
Tatabahasa |
Kata ganti nama |
Sejarah |
Huruf |
Pandangan Politik |
Pertikaian penamaan |
Bahasa Macedonia (македонски јазик (bantuan·maklumat), makedonski jazik, IPA: [maˈkɛdɔnski ˈjazik]) merupakan bahasa rasmi Macedonia Utara, dan sebahagian daripada kumpulan Timur di kalangan bahasa-bahasa Slavik Selatan. terdapat juga pelbagai nama alternatif, banyak yang mempunyai perkataan Slavik. Bahasa ini adalah rapat dan saling bersefahaman dengan Bahasa Bulgaria piawai. Terdapat juga beberapa kesamaan dengan Bahasa Serbia piawai dan loghat Torlakia serta loghat Shop yang dituturkan paling banyak di selatan Serbia, barat Bulgaria, dan di utara dan timur Macedonia.
Kedua-dua Bahasa Macedonia dan Bahasa Bulgaria Piawai berkongsi persamaan tipologi dengan Bahasa Romania, Bahasa Yunani, dan Bahasa Albania. Kesemua bahasa ini adalah dalam sprachbund Balkan, walaupun ketiga-tiga yang terakhir adalah dalam kumpulan yang berbeza (Bahasa Romania ialah sebuah Bahasa Romawi, manakala Bahasa Yunani dan Bahasa Albania adalah bersendirian masing-masing di bawah keluarga Bahasa Indo-Eropah).