Sate[9] (Jawi: ساتيcode: ms is deprecated ) ataupun satai[10] ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi berasal dari bahasa Jawa bahagian Blora. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidikelapa atau buluh, dan dibakar menggunakan api arang kayu.
Sate dipercaya berasal dari Masakan Jawa bahagian Blora Cepu[11][12][13][14][3] yang kemudian telah menyebar hampir keseluruh di Indonesia, di mana ia telah menjadi hidangan kebangsaan.[15][1][16][17] Sate juga popular di kebanyakan negara Asia Tenggara termasuk Filipina, Thailand, Malaysia, Singapura dan Vietnam.[18]
Dalam petikan dari buku Encyclopaedia of Chinese and Oriental Cookery, sate adalah masakan Jawa.
"Walaupun kedua-dua Thailand dan Malaysia mendakwanya sebagai milik mereka, asal Asia Tenggaranya adalah di Jawa, Indonesia. Di sana sate dibangunkan daripada kebab India yang dibawa oleh peniaga Islam. Malah India tidak boleh menuntut asal usulnya, kerana di sana ia adalah warisan pengaruh Timur Tengah.[19]
^Michael Specter (December 2, 1984). "IN MALAYSIA, SPICY SATAY". New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 December 2018. Dicapai pada 27 August 2020.
"sate". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
"sate". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Indonesia. 2016.
^Wilkinson, Richard James (1932). "satai". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 391 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.